Ketupat palas merupakan menu wajib hidangan hari raya di rumah saya ketika kecil dan remaja dahulu. Ketika itu, arwah emak selalu memasak ketupat dan aneka kuih tradisional lain tempahan orang kampung. Hari- hari biasa pun, emak ada memasak ketupat untuk dijadikan sarapan. Kalau sediakan tempahan pula, emak akan sengaja sediakan lebih untuk saya nikmati.
Ketika balik bercuti waktu cuti pertengahan penggal yang baru lalu, saya melilau di Pasar Payang mencari ketupat. Malangnya tiada. Ke Pasar Chabang Tiga dua kali pun takde rezki juga. Waktu tu, dek sibuk merayap jumpa sedara mara yang dah dua tahun tak jumpa, lupalah pula nak bawa balik daun palas. Ini, dah macam mengidam pulak, ngalahkan orang mengandung, nak sangat makan ketupat sehingga saya telefon abang di kampung minta poskan daun palas...hahaha...daun palas saya naik kapakebammmm ke apa tak taulah. Tapi dengan pos laju, alhamdulillah...selamat sampai ke tangan saya.
Abang pos 2 tangkai daun palas, ambil dalam kebun tepi rumah...belanja pos rm8.00 gitu. Dengan mode tak sabar, saya terus buka satu persatu dan lurut lembut setiap keping, mengulangi apa yang arwah emak lakukan ketika remaja dahulu. Waktu tu, saya tak cakna sangat pasal lurut melurut daun palas ni...kalau tak dibuka dahulu satu persatu, alamat...susahlah nak membungkus nanti.
Bahan :
1 kg beras pulut - direndam anggaran 1 jam
500 gm santan siap beli di kedai
Sedikit garam
Sedikit gula
2 helai daun pandan
Daun palas secukupnya
Panaskan kukusan. Toskan beras pulut yang telah direndam. Kukus sehingga separuh masak bersama daun pandan. nak lapik daun pisang boleh, tak lapik daun pisang pun tak apa.
Keluarkan pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam besen yang sesuai dengan jumlah pulut tu supaya senang nak kacau dengan santan nanti...
Masukkan sedikit garam dan gula (anggaran satu sudu besar jangan lebih sebab saya buat pulut lemak masin) ke dlm santan dan kacau hingga garam gula larut...Masin tu sikit2 je tau...begitu juga manis hujung2 lidah sahaja...
Garam boleh dirasa...kalau masin sangat hilang rasa lemak. Bubuhlah dengan bismillah, supaya dengan izin Allah, cukup masinnya nanti...aminnnn...heeee
Tuang sikit2 santan yang sudah bercampur garam gula tadi.sambil kacau rata guna senduk kayu. Tuang santan sampai habis dan kacau sebati iaitu sehingga pulut menyerap semua santan tu.
Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.
Ketika mengukus, kita boleh je buka tutup kukusan dan balik2kan pulut supaya nanti masaknya sekata...takde pulut yang mentah.
Apabila pulut dah masak, tuangkan ke dalam besen semula. Kacau2 sehingga pulut agak sejuk. Pastu bolehlah dibungkus. Cara nak bungkus saya tak dapat nak masukkan di sini satu persatu sebab dah membungkus tu, mana la nak pegang kamera nak snap gambar. Hehehehe...
Dah selesai membungkus, potong tangkainya yang panjang. Rebus guna air paip. Saya bubuh air tu separas ketupat dan masak hingga air kering. Setelah air kering, ketupat boleh terus dimakan atau boleh digoreng menggunakan minyak yang terbit hasil santan yang digunakan dalam pulut tadi.
Arwah emak saya dahulu, digoreng dalam periuk rebusan tu jugak. Waktu ini, aromanya memang superb. Alhamdulillah, selamat mencuba.