Salam Ramadhan kepada semua pengunjung yang sudi membaca post-post ummie di sini. Cepat betul masa berlalu. Tanpa disedari Ramadhan berkunjung kembali.
Kali ini, Ramadhan ini, ummie berazam dengan semangat sekali untuk menikmatinya dengan gembira. Azam juga tersemat di hati untuk tidak berkunjung ke bazar lagi. Huhu, tahun lepas walaupun memasang azam yang sama, ummie gagal melunaskannya. Ada juga dua tiga kali 'ter'berkunjung ke sana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...(huh, alasan!)
Setakat ini, masih berjaya bertahan. Apatah lagi, hati sedang berbunga melayani si kecil yang mula belajar bertatih. Lebih seronok duduk di rumah dan di dapur sambil-sambil buat itu ini. Lebih menggembirakan tatkala menikmati waktu berbuka, anak-anak dan suami makan dengan begitu berselera. Bukan sebab hidangan tu sedap sangat, tapi rasanya mungkin berkat air tangan sendiri, ia lebih enak dinikmati.
Bagaimana pula dengan Ramadhan anda? Semoga kita berjaya melaluinya dengan jaya dan penuh keberkatan...amin.
No comments:
Post a Comment