Tuesday, October 30, 2012
Air Batu Campur
Sunday, October 14, 2012
Acuan Silikon Lagi
Humm...dengan mood masih menggilai acuan silikon, kali ini saya tambah koleksi ketika ke Empire Subang. Tak sangka kunjungan kali pertama ke sana menemukan saya dengannya...huhu macam jumpa orang lak erk. Tapi kali ni agak mahal, branded la kut sampai cecah RM53.90. Huh, suka punya pasal sayae rembat je la. Banyak gak koleksi jualan kat situ tapi sebab hampir sama dengan yang dalam simpanan, saya ambik 2 je la. Satu lagi cup satu2 yg cantik untuk jelly. Erm, nama kedai lupa plak, tapi kedai tu memang ekslusif dan selesa. Wow, barang semua harga berbintang2... Cuma yang tak seronoknya hari tu dah lewat petang sangat mrB bawa ke sana tuk makan2, jadi tak sempat nak ronda sangat. Satu kedai lagi ok juga...Aina living ke apa ntah namanya tu. Satu hari kena jenguk lagi la gamaknya demi hobi...hehehehe
Friday, August 10, 2012
Lompang Pancawarna
Monday, July 30, 2012
Salam Ramadhan
Kali ini, Ramadhan ini, ummie berazam dengan semangat sekali untuk menikmatinya dengan gembira. Azam juga tersemat di hati untuk tidak berkunjung ke bazar lagi. Huhu, tahun lepas walaupun memasang azam yang sama, ummie gagal melunaskannya. Ada juga dua tiga kali 'ter'berkunjung ke sana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...(huh, alasan!)
Setakat ini, masih berjaya bertahan. Apatah lagi, hati sedang berbunga melayani si kecil yang mula belajar bertatih. Lebih seronok duduk di rumah dan di dapur sambil-sambil buat itu ini. Lebih menggembirakan tatkala menikmati waktu berbuka, anak-anak dan suami makan dengan begitu berselera. Bukan sebab hidangan tu sedap sangat, tapi rasanya mungkin berkat air tangan sendiri, ia lebih enak dinikmati.
Bagaimana pula dengan Ramadhan anda? Semoga kita berjaya melaluinya dengan jaya dan penuh keberkatan...amin.
Thursday, June 7, 2012
Muffin jagung kukus aka apam jagung manis
Kali ini ummie sediakan menu apam jagung manis dalam tin dan dikukus di dalam acuan muffin untuk memudahkan kerja memasak. Tentunya, selepas memasak tak banyak bekas yang hendak dicuci.
Resepinya:
1 tin jagung manis
1/4 cawan gula kastor
6 bj telur
1 cwn majerin lembut (majerin biasa pun boleh)
1 sdt soda bikarbonat
1/4 cwn air
Campurkan semua dan adun sebati menggunakan hand mixer
Kemudian tambahkan:
3 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder ayak bersama tepung gandum
Sebatikan dan kukus lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Setelah siap dimasak dan disejukkan seketika, ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama kelapa parut bergaram.


Monday, May 28, 2012
Sotong Celup Tepung

Jadi kali ini ummie try n error untuk menggoreng sotong. Sotong perlu dicelur dahulu untuk mengurangkan airnya dan merangupkan gorengannya nanti. Selain celur boleh juga kita goreng tanpa minyak sekejap atau kukus supaya ia separuh masak.
Anggaran adunan batter untuk sekilo sotong:
60gm tepung gandum
80gm tepung beras
60gm tepung kentang
1/2 sdt serbuk kari
1/2 sdt serbuk kunyit
garam dan air secukupnya
sebiji telur (asingkan putih dan kuning)
telur putih dipukul hingga kental (meringue) atau boleh juga masukkan saja sebiji sekaligus
Satukan semua bahan kecuali telur putih yang perlu dipukul asing. Dah siap campuran, kaupbalik meringue ke dalam adunan. Celup sotong dan goreng dalam minyak terendam supaya sotong masak rata. Insyallah hasilnya lebih baik dan rangup. Enak dinikmati dengan sos cili atau sos buatan sendiri seperti sos keropok lekor Terengganu. Cubalah.
Apam Beras Lagi.

Jadi, kali ini ummie tambah sesudu teh serbuk lada hitam ke dalam adunan sama seperti adunan di bawah, setangkai (tiga bungkus tapai pulut daun getah) dan sedikit air lagi. Bagi lebih cair dan alhamdulillah hasilnya lebih gebu dan naik. Kali ni ummie makan dengan kelapa. Sangat nostalgia... Cubalah.
Tuesday, May 1, 2012
Apam Beras ala Bonda
Jadi, sekarang kenalah buat sendiri sebarang menu tatkala teringin. Resepinya ummie agak2 aje, tapi alhamdulillah menjadi dan baunya hampir seperti masakan bonda. Cuma bezanya dulu bonda guna beras yang dikisar. Lebih harumlah maksudnya.
Resepi ni menggunakan 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum, 5 camca besar gula kastor, 1 camca teh yis kering dan 450 ml air biasa. Kalau nak makan dengan kuah kari, boleh tambah sedikit garam dan kurangkan gula ke 2 camca sahaja.
Caranya tak susah, cuma satukan semua bahan dan kacau atau pukul sebati. Pastu ummie biarkan semalaman dlm peti ais supaya adunan naik. Bangun pagi2 dah boleh bakar dlm kuali. Bakar api perlahan saja. Ummie guna non stick pan saiz 4 cm. Dapatlah 5 pcs. Masa bakar tu, tutup kuali tu dengan tutup periuk.

Sunday, April 29, 2012
Roti Rye dan Roti Berempah
Petang tadi sempat try masak roti rye dan roti berempah... sedap juga roti-roti ni, harum baunya ketika masih dalam oven lagi. Cicah pulak dengan kari daging...so yummy...
Inilah roti berempah yang sempat dimasak dan dibawa sebagai buah tangan ke rumah nenek sempena mesyuarat keluarga. Seronok betul bila nampak ia habis dimakan sedara mara di sana.


Tuesday, April 24, 2012
Home made waffle
Wednesday, March 14, 2012
Mixer

Tuesday, March 13, 2012
Tat Telur

Monday, March 12, 2012
Kek Carrot Acuan Silikon
Koleksi Acuan Silikon 2
Koleksi Acuan Silikon

PAI COKLAT

Bahan pastri:
250gm tepung gandum
1 camb gula kastor
... 125 gm mentega
1 bj telur
2 camb susu segar
sedikit garam
...pukul mentega n gula kastor diikuti tepung dn telur
...gaul sebati hingga mjadi doh
...rehatkan doh satu jam
...canai doh setebal 1/8cm dn alaskan tin pie dgn majerin cair
...cucuk pmukaan doh dgn garfu
...bakar doh separuh msk 10-15 min suhu 200djh
bahan inti:
2 bj telur
150gm gula kastor (sy guna 100gm shj)
130 gm gula perang (sy guna 100gm shj)...manis sgt dua2 nih karang
1 camt esen vanilla
250 gm mentega dicairkan...
150gm tepung gandum
130 gm coklat chips atau coklat parut
130 gm walnut
...pukul telur, gula perang, gula kastor dn esen hingga kembang
...masukkn mentega cair diikuti tepung
...masukkan coklat chip dan walnut...simpan sikit utk hiasan
...kacau adunan sebati
...tuang ke dlm kulit pai
...bakar suhu 200 selama 25-30 min (jgn terlebih bakar, x sdp
...tabur dgn coklat chip dn walnut sebelum hidang
...pai ni sdp, garing di luar dn lembut di dlm...bdk2 asyik melayan coklat dn walnut tuh.
Pai Kastard Buah Buahan
Bahan Pastri:
250gm tepung gandum
125gm mentega
... 1 biji telur
1 camb gula kastor
2 camb susu segar
Sedikit garam
…Pukul telur n gula …masukkan tepung n telur n susu…pukul…atau gaul sampai jadi doh…rehatkan doh satu jam..
…Canai doh 1/8 inci tebal dn alaskn tin pie dgn majerin cair…(saya x alas sbb tgok doh dh cukup licin krn sya guna soft majerin yg elok utk kesihatan…cucuk2 doh dgn garfu…bakar separuh msk 10-15 min suhu 200djh C.
Bahan Kastard:
2 biji telur
50gm gula kastor
30gm tepung kastard
250gm susu segar
½ camt esen vanila
Sedikit garam
1 tin buah pic
2 bj strawberi
5 bj ceri hitam dn merah
…Panaskan susu segar, api sederhana, dn masukkan tepung kastard. Sentiasa kacau supaya tdk berketul. Masukkan telur, gula,garam n esen. Kacau sampai likat. Dah likat biarkan sejuk..n kemudian isi dlm doh pie..susun buah pic dn bakar suhu 200djh C selama 25-30 minit. Dah masak, glis buah pic dgn mentega…hias dgn buah ceri n strawberi…
MINI KEK CARROT

Koleksi terbaru silicone mould saya...sangat suka guna acuan nih...senang simpan, mudah guna dan tak melekat...
...puas hati bakar kek mini guna silicone mould...boleh kluarkn cepat dn mkn mse masih hangat...guna resepi sme mcm kek carrot...wangi serbuk buah pala dan kayu manis serta rangup dgn walnut...bentuk pun cantik menawan...
Bahan-bahan ( 15 kek mini )
• 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
... • 4 biji telur
• 1 cawan minyak sayuran
• 1 1/2 cawan gula putih
• 2 cawan tepung
• 1 sudu teh soda bikarbonat
• 1 1/2 sudu teh baking powder
• 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
• 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
• 1 sudu teh vanilla
• 1/2 sudu teh garam
• 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang
Cara-cara
1. Panaskan oven 185 C.
2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam acuan...bakar lebih kurang 20 minit...
KEK PLUM CARAMEL

Saya cuba resepi Chef Ina Garten dlm rncgn Barefoot Contessa kat Astro Lifestyle HD…wpun x jelas sukatannya, tp alhmdllah menjadi dan sdp rasanya…buat kali pertama suami betul2 mkn kek ni dan ckp sdp…selalu dia mkn je n no komen
Bahan:
6 bj plum
½ cwn gula jadikan gula hangus
6 camb butter*
... ¾ cwn gula*
2 telur ayam gred A*
1 camb kulit lemon parut
1 camt vanilla esen
1 cwn krim masam
1 cwn tpg kek + 1 camt garam
1 camb baking powder
Cara2:
-Plum belah 2 dn susun dlm acuan bulat…sy guna kaca 20cm, dan tuangkn gula hangus ke atasnya
-Putar bahan bertanda *. Kendian, masukkan bahan2 lain spt kite biasa wat kek tu…Pastu masukkan adunan ke dalam acuan. Bakar 30 minit suhu 250 djh…selamat mencuba
Cupcake Vanilla
25Og butter
200g gula
4 biji telur gred A
... 5Oml susu cair
280g tepung naik sendiri
2 st esen vanilla
Cara-caranya:
1. Putar butter dan gula hingga kembang gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan memukul hingga
kembang.
3. Masukkan tepung,susu dan esen,kacau hingga sebati.
4. Sudukan dalam paper cup 3/4 penuh.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah, api atas bawah
Cupcake Coklat
Bahan-bahan :
300g tepung kek
350g gula castor
... ½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
2 biji telur
Cara-cara:
Panaskan oven 180C. Campurkan semua bahan (kecuali telur) dalam mgkuk mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 min. Tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2 min lg. Sudukan dlm acuan cupcake. Bakar selama ±20min atau hgga masak. 180 C...
Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka.l