Wednesday, May 1, 2013

Koleksi Kesayangan

Erm, kali ini saya suka nak berkongsi tentang koleksi peralatan memasak kek yang ada dalam simpanan. Acuan-acuan kat bawah ni saya simpan sikit2. Beli sana-sini bila keluar shopping. Tapi yang saya suka sangat bila singgah kat household yang banyak kat pekan tepi umah ni apabila ada sahaja koleksi baru jualan mereka. Hummm, hati mula tergugat, paling tidak beli jugak sedozen atau setengah dozen untuk koleksi sendiri. Ala, tak rugi membeli sebab kata orang alah membeli menang memakai.


Semua acuan kat atas tu saya guna setiap kali masak muffin. Senang dan dapat isi banyak sikit dalam dulang. Jimat masa dan tenaga.


Segala alatan di atas ni semua silikon kecuali pengasing telur tu. Suka sangat pegi Ikea, Empire Gallery dan Mid Valley. Bukan apa, selain cuci mata, beli la mana yang patut ada di rumah. Alatan silikon yang ada brand mungkin mahal sedikit tapi puas hati. Nak yang murah pun sekarang senang nak cari. Pegi saja Aina Living kat Empire Subang, ada yang murah sebab mereka menjenama peralatan silikon sendiri. Tak silap 'made in China'. Tetapi saya lebih suka buatan Europe. Bukan sesaja nak membazir tapi hati lebih berkenan.



Cawan2 dan sudu2 penyukat ni saya suka simpan koleksi lebih drp satu. Entah, sejak dulu suka ada koleksi berpasang. Heee, janji hati senang. Harga drp semurah RM 5/pc sampai yang termahal dalam koleksi RM60/set....yang rectangle tu.

2 comments: