Friday, August 10, 2012

Lompang Pancawarna

Petang semalam sempat pulak ummie kukus kuih lompang. Resepinya ikut buku aje. Maklum, sebelum ni mana ada masa nak melompang, jadi bila nak masak, teleklah buku. Segala macam warna yang ada ummie guna. Dapatlah lima warna. Sekurang-kurangnya, anak-anak lebih tertarik nak jamah masa berbuka.
Ini sebahagian koleksi acuan lompang tembikar yang ummie simpan. Acuan ni tak susah nak cari. Ada je kat kedai household. Cuma kena rajin meneleklah. Setakat yang ada kat rumah ni kira antik la, tapi kat kedai2 tu lagi banyak pilihan...harga pun tak mahal...yang coklat ni ummie beli tuk tambah, 70 sen je sebiji...