Saturday, June 20, 2015

Puding Roti Asmara


Resepi puding ini saya ambil dari blog sariyusa, terima kasih atas perkongsian resepi. Nama tu membuatkan saya teruja nak menyediakannya. Walaupun dah lama resepi ini saya cuba, tapi baru kini sempat menulis dan share di blog ini.

Rupa puding asal lebih cantik daripada yang saya hasilkan. Puding tersebut ala2 marble. Tapi saya suka2 nak cuba buat ala2 azlita masam manis. jadi, saya main renjis aje sedikit daripada adunan puding yang saya asingkan 4 mangkuk kecil dengan empat warna yang berlainan. Setiap satu mangkik, saya cuma sediakan satu senduk kecil sahaja. Jadi, begitulah rupanya. Hehehe...

Untuk resepi, saya ambil bulat2, cuma rupanya sahaja yang saya ubahsuai.
Sumber : http://sariyusa.blogspot.com/2010/10/puding-roti-asmara-hik2.html

Bahan A:
10 g serbuk agar2 (sepeket)
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
*Didihkan semua bahan A

Bahan B:
4 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan air
170 ml susu cair
*Kisar semua bahan B

Bahan lain:
2 sudu besar mentega
Pewarna dan perisa pilihan



Cara-cara:
*Campurkan bahan B ke dalam A setelah A mendidih. Kacau rata
*Masukkan mentega, kacau rata dan tutup api
*Bahagikan adunan kepada beberapa warna dan perisa
*Sendukkan selapis2 ke dalam loyang hingga adunan habis
Sejukkan
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidang..


Cara saya, saya masukkan semua adunan ke dalam loyang dan renjis adunan yang telah diasing dan diwarnakan. Saya potong menggunakan acuan biskut. Beginilah jadinya.

Acuan Puding Tupperware


Hummm...lama tak update blog nih...terasa rindu pula nak menulis...jadi sebelum update resepi, elok jika saya menulis tentang acuan puding pulak. Teruja apabila tupperware mengeluarkan acuan puding baru. Apa lagi, untuk tambah koleksi, cepat-cepat saya ambil apabila manager tupperware datang ke rumah. Alahai, nama pun rumah sebelah-sebelah...hihihi...dia pun tau sangat saya suka acuan2 nih.


Yang ini pula acuan lama. Tiap kali saya masak puding, acuan inilah yang jadi acunya. Kadang-kadang saya pakai juga acuan silikon yang ada dalam simpanan. Nanti puding senang dikeluarkan. Tak payah nak cungkil2  Rupa pun cantik...Kannnnn