Monday, November 30, 2015

Bubur Cendawan Noxxa


Semalam kami sekeluarga menghantar emak dan ayah mertua ke KLIA menunaikan umrah. In shaa Allah, hari ini emak dan ayah sedang menunaikan umrah dengan tenang di Tanah Suci. Kesempatan ke KLIA saya gunakan untuk singgah di Jaya Grocer untuk beli sedikit barang dapur. Saya ambil beberapa tray cendawan segar yang ada di situ. Cendawan segar sedap dimasak bubur ayam atau bubur cendawan. Menu saya mudah dan ringkas dan dimasak menggunakan Noxxa. Pembantu yang cekap dan cepat di dapur. Dah beberapa kali saya masak bubur cendawan yang digemari anak2. Selalunya kalau saya masak bubur ini, saya tak sukat dengan tepat bahan2nya. Agak2 aje...

Sejak ada Noxxa 3 tahun lepas, saya banyak memasak menggunakannya. Tak pernah masak kek guna periuk ini walau saya tahu ramai dah yang cuba masak kek menggunakannya. Saya lebih suka masak kek cara biasa, guna oven. Saya lebih suka masak guna PC ini untuk masak lauk pauk sahaja. Kalau masak sup tulang atau daging...ayam tua...ayam kampung atau lauk2 liat tu...kerja mudah jadinya.


Resepi bubur cendawan:

2 pot beras dicuci dan toskan
1 peket cendawan butang putih dan hitam dihiris nipis
6 batang cendawan shitake segar dihiris nipis
5 ulas bawang merah dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 inci halia dimayang halus
2 sdb udang kering direndam air panas dan toskan
2 kiub pati ayam
1 mangkuk kecil isi ayam
1 mangkuk kecil udang basah
1 mangkuk kecil sotong
1 batang lobak dipotong dadu
1 batang/ pelepah celeri dipotong dadu
500 ml santan segar atau kotak
Bawang goreng untuk taburan
Air panas secukupnya
Garam secukupnya

Penyedian:

Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan sotong ke dalam PC Noxxa dan tambah air melebihi paras beras (air mesti banyak supaya beras betul2 dapat kembang dengan baik). Boleh agak aje kat sini jumlah airnya ye.

Tutup PC Noxxa dan set tombol ke pressure
On butang HP 30 min...biarkan masak
Setelah Noxxa beep tanda dah masak, biarkan 30 min baru off dan release pressure yang masih ada
Buka tutup periuk
On butang stir fry
Tambah air panas mendidih  jika bubur terlalu pekat
Tambah udang dan sotong segar basah
Gaul rata
Perisakan garam secukupnya
Off suis periuk
Sedia dihidangkan panas2...
Selamat mencuba...






Sunday, November 29, 2015

Pulut Kuning dengan Gulai Ayam Noxxa


Pulut kuning. Menu biasa arwah emak saya masak ketika kenduri di kampung. Kerja rutin mak biasanya memang siapkan pulut kuning hantaran tiap kali ada kenduri kahwin. Yang paling suka sudah tentu saya...tukang makan. Alhamdulillah. Sekarang nak makan, kenalah masak sendiri. Kali ini saya masak guna resepi Chef Hanieliza. Alhamdulillah...berselera kami anak beranak makan dengan kuah gulai ayam tua masak Noxxa.

Resepi pulut kuning:
Sumber : Chef Hanieliza
Bahan2:

1 kg beras pulut dicuci
3 asam keping
3 sdb  serbuk kunyit dibancuh dengan sedikit air dan ditapis
Air secukupnya untuk merendam pulut
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang untuk melapik loyang / kukusan

Penyediaan:

Rendam beras pulut dengan asam keping dan bancuhan kunyit
Tos beras pulut dalam besen tapisan
Panaskan kukusan
Lapik kukusan dengan daun pisang dan masukkan pulut
Kukus hingga wap keluar dari tepi periuk kukusan
Angkat dan tuang pulut dalam mangkuk besar
Tuang santan yang sudah dicampur garam dan sedikit gula
Gaul rata dan berhati2 menggunakan senduk kayu
Masukkan semula ke dalam kukusan berlapik daun pisang tadi
Kukus sekali lagi hingga wap keluar dari kukusan
Matikan api dan masukkan pulut ke dalam besen atau ditekan ke dalam loyang pilihan jika ingin membentuk pulut kuning.
Gambar saya ni saya tekan di dalam mangkuk kecil dan dihidang di dalam piring
Sedia dihidang dengan gulai atau kari ayam atau rendang.




Gulai ayam Noxxa:

1 ekor ayam tua / ayam kampung dipotong kecil dan dicuci...toskan
7 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1 senduk cili kisar
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sdb rempah gulai Terengganu/cap ros dibancuh dgn sedikit air menjadi pes
1 sdb rempah masak cap ros
1 sdb kerisek
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam secukupnya
Sedikit gula melaka / gula perang lembut
Minyak untuk menumis
Air panas secukupnya

Penyediaan:

Kisar bahan bertanda *
On noxxa butang stir fry
Tumis bahan kisar dan rempah tumis (kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang hingga wangi)
Tumis pula cili hingga terbit minyak
Masukkan pes rempah dan kacau sebati
Masukkan ayam dan gaul sebati
Masukkan semua bahan lain kecuali garam gula
Off butang stir fry
Tutup periuk
On butang hp dengan tetapan masa 30 min
Bila dah selesai, dan bunyi beep, off periuk
Release pressure
Buka tutup periuk
Set semula periuk ke butang stir fry
Tambahkan air panas secukupnya garam gula dan perasa secukup selera
Sedia dihidang.....


Saturday, November 28, 2015

Senangin Masak Paprik


Pernah masak paprik ikan? Tak ramai yang biasa masak menu ini untuk ikan kut. Saya mula memasak paprik ikan siakap sejak mula berkahwin kira2 20 tahun dahulu. Salah satu sebabnya ialah saya merupakan peminat paprik manakala suami pula suka makan ikan siakap, kerapu dan yang seangkatan dengannya. Saya juga gemar menggunakan lemon untuk dilumur kpd ikan bagi mengelakkan bau hanyir, malah ikan yang dimasak akan lebih beraroma dan menyelerakan. Kalau takde lemon, boleh guna limau nipis atau limau kasturi.

Nak masak ikan paprik tak susah, sama saja dengan paprik ayam, daging, makanan laut atau paprik campur. Yang penting bahan2 asasnya ada. Daun limau purut, serai, halia dan sedikit sayur campur. Dah ada semua tu, senanglah kerja kita di dapur. Kali ini saya tidak gunakan cili padi dalam masakan ini. Boleh saja nak tambah cili tu supaya lebih pedas. Saya cuma pakai cili kisar home made aje. Saya jarang guna cili boh siap di kedai kerana lebih suka aroma cili kisar sendiri.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan senangin segar disiang dan dipotong ikut selera
1 biji lemon untuk dilumur ke seluruh ikan potong
Sedikit serbuk kunyit dan garam halus untuk memerap ikan
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris
2 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut
1 biji lada benggala (saya guna hijau dan sedikit belang kemerahan)
1 mangkuk kecil bunga kobis potong
1 mangkuk kecil brokoli potong
1/2 batang lobak dipotong panjang
3 batang putik jagung dipotong panjang
2 biji tomato dibelah 4 dan potong dua
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis





Penyediaan:

Lumur ikan senangin dengan perahan jus lemon
Lumurkan kunyit serbuk dan garam ke seluruh ikan dan perap dengan kulit lemon sekali
Perap ikan anggaran 30 min ke 1 jam
Goreng hingga garing / masak...angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali untuk memasak kuah paprik
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut sekaligus
Masukkan cili kisar dan tumis sebentar
Masukkan semua sos dan didihkan kejap
Tambah sedikit air untuk kuah (sedikit sahaja)
Masukkan semua sayur-sayuran kecuali tomato
Didihkan kuah
Masukkan tomato dan perisakan garam gula atau perasa

Hidangan:

Masukkan ikan ke dalam mangkuk pilihan
Sendukkan sayur ke dalam mangkuk
Siram kuahnya
Sedia dihidang dengan nasi panas....
Alhamdulillah.

Nostalgia Kelas Meroti

Ini cerita lama. Menjadi nostalgia atas permintaan untuk mengadakan kelas roti lagi. Keterujaan saya membuat roti homemade di rumah membuatkan ramai rakan tak senang duduk sebab nak rasa sendiri bagaimana seronoknya menghasilkan roti di dapur sendiri. Hummmm...terapi memasak bagi saya menjadi ikutan sebahagian besar kawan2. Alhamdulillah. Ramai juga yang memujuk saya berkongsi cara membuat roti. Saya agak segan sebab saya tiada mengikuti mana2 kelas memasak khusus apatah lagi untuk membuat roti. Saya mula memasak roti secara suka2 bagi mengisi masa di rumah memandangkan anak2 semakin besar dan banyak masa saya bersendiri di rumah sementara anak2 belajar di asrama penuh dan di sekolah harian.


Saya banyak mencuba memasak pelbagai jenis roti sama ada menggunakan resepi di internet mahupun melalui koleksi buku2 yang dibeli. Banyak koleksi buku roti yang saya kumpul dan mencuba memasaknya jika lapang. Pada awalnya, iaitu tahun 2009, banyak dah resepi roti yang saya cuba. Ada menjadi, ada yang tidak. Ada antara roti yang saya buat tu keras kejung, lempar kat ayam, mahu mati ayam tuh. Heeee. Malah, banyak yang dimakan tong sampah sbb tuannya dan anak2nya tak lalu nak makan roti kejung...hahaha...

Namun begitu, saya terus mencuba. Sampaikan saya pernah minta resepi kawan baik saya, roommate ketika belajar sebab saya lihat rakan saya tu post roti yang menjadi di fbnya. Alhamdulillah. Jadik. Sedap pulak tu. Oleh sebab dah suka sangat buat roti, saya beli sebuah bread maker Kenwwod yang ketika itu ada sale di Senheng. Saya jangka, kalau ada BM, tak susahla saya nak buat roti lagi. Hummm...memang senang, tapi saya tak berapa syok guna BM sebab seme BM yang buat dari menguli hingga membakar. Pastu bentuk camtu jugak. Bantal. Heee.

Suatu hari, saya ikut suami outstation ke utara. Saya dan anak2 yang memang sangat suka singgah di mana2 kedai buku berbanding kedai pakaian dll singgah di Hasani Book Store. Alhamdulillah jumpa satu buku hasil tulisan Chef Abdulah Ng dan Chef Jalilah tak silap saya. Saya mencuba resepi2 tersebut dan semuanya menjadi. Alhamdulillah, syukur sangat.


Setelah roti2 menjadi, saya pula melahirkan seorang bayi lelaki baru yang jaraknya 10 tahun daripada anak bongsu perempuan saya, suami hadiahkan sebuah KA Mixer yang telah lama saya idamkan. Ada kisah di sebalik KA Mixer ni...heee. Ketika hendak bersalin, suami yang kasihan sebab faktor umur saya, ingin membawa saya ke hospital swasta supaya saya mendapat layanan lebih mesra. Tapi saya menolak sebab saya juga takut kalau apa2 berlaku, nanti kena tolak ke hospital kerajaan juga. Lagi pula saya masih yakin jika kita ok, seme nurse dan doktor di hospital kerajaan ok aje. Kalau kita jenis mulut bising, jerit2 nak bagitau sakit...sapa pun rimas dan merungut kut. Hahaha. Alaaa...doc dan nurse profesional la lani. Kat mana pun bersalin, sakitnya camtu jugak kut. Huhu...duk citer pasal bersalin la pulak! Heee...saya kata kat suami, duit belanja nak bayar hospital swasta tu, bagi je kat saya, nanti tau la saya nak guna ke mana...hehehe...Lagi pulak cuti 3 bulan dengan gaji penuh...apa nak fikir lagi. Rehat aje la ngan baby dan anak2. Jadi, akhirnya, kerana menghargai saya kut, suami tanya nak apa lepas bersalin, KA mixer yang saya minta...ada ke orang cam saya...Rasanya orang lain minta gelang emas, rantai emas kut...hihi Itu cerita lama...dah 5 tahun berlalu...baby pun dah nak masuk sekolah dah.




Kakak2 anak didik saya sedang leka membentuk roti ikut citarasa mereka. Waktu ini, kelas sesi pertama buat di kelas Pra Sekolah kami dengan izin bos.



Ini pula kelas kedua, buat di bilik mesyuarat, dengan izin bos jugak. PK2 seme pun join tau. Gelak2 sakan sambil menguli sebab mereka tak nak guna mixer. Nanti kat rumah kena uli juga. Ha, uli jangan tak uli! 


Sesi merasa roti2 buatan sendiri. Alhamdulillah semua puas hati dengan hasil masing2 dan pulang dengan membawa roti buatan sendiri untuk suami dan anak2 di rumah. Cerita masing2, anak2 dan suami kagum dengan roti buatan ibu dan isteri mereka nih. Saya tumpang seronok sama mendengar cerita mereka.


Sesi bergambar reramai.


Nampak wajah2 ceria menayang roti masing2.



Antara roti-roti yang dihasilkan, Roti pintal. Gulung kacang merah. Roti sanggul dll.


Roti benggali. 

Lempeng Pisang Menyelerakan


Lempeng. Satu menu biasa dihidang sebagai sarapan di kampung2. Kat bandar ada ke? Kat bandar ada, penkek le kut. Kat restoran2 makanan segera ada jual penkek yang harganya...huhu... Waktu balik bercuti di KT ketika Deepavali tempoh hari, restoran kegemaran saya menghidangkan lempeng untuk pelanggan tapi saya tak pasti lempeng apa. Sekejap aje dah habis lempeng2 tersebut. Wah, tak dinafikan lempeng memiliki ramai peminat. Kat restoran2 di sini pun dah ada jual lempeng.

Sarapan semalam saya masak lempeng bercicah sambal cumi. Hari ini, nampak stok pisang yang dah ranum ada 7 biji. Saya masak lempeng untuk suami dan anak2. Alhamdulillah laku sangat pagi ini. Dah habis pun saya buat 12 biji. Seorang dapat 2 biji. Lempeng pisang ni kalau kita masak, lebih sedap kalau menggunakan yis berbanding guna baking powder atau baking soda. 


Lempeng Pisang

Bahan2:

7 biji pisang (saya pakai pisang berangan) dilecek
3 cawan tepung gandum
1 tin jagung manis adabi
1/3 cawan soft brown sugar
1 pek yis kering mauripan
1 cawan air kelapa (kebetulan ada)
Secubit garam
Air suam secukupnya
Majerin untuk melenser kuali

Penyediaan:

Campurkan kesemua bahan
Kecairan adunan seperti bancuhan jemput2 atau cucur udang
Biar adunan setengah jam...sambil2 masak air, bancuhan dah mula ada bubble...
Panaskan nonstick pan
Bubuh sedikit majerin...hujung2 sudu sahaja
Bubuh 1 senduk penuh bancuhan dan ratakan anggaran sebesar piring kecil
Balikkan setelah bahagian bawah garing
Goreng / bakar? hingga masak
Sedap dijadikan menu sarapan berteman secawan kopi...hummmm



Friday, November 27, 2015

Lempeng Cecah Sambal Cumi Menu Sarapan Yummy


Semalam, saya dijamu lempeng yang dibawa oleh rakan guru ke sekolah ketika kami bertugas ketika cuti hujung tahun. Lempeng dibeli di restoran dengan kuah sambal bilis sebagai pencicah. Lembut dan sedap pula lempeng tu. Hari ni teringat pula akan lempeng lembut tu dan kebetulan sambal cumi, lauk nasi lemak lemuni tempahan kawan2 semalam masih ada berbaki. Hummmm...sedap juga ye kalau masak lempeng untuk sarapan dan dicicah sambal cumi. Anak2 saya memang suka sambal cumi. Putera bongsu saya, kalau lebih pedas sambal tu, lebih dia suka.


Nasi lemak lemuni ini adalah ceritera semalam. Alhamdulillah, kawan2 saya sangat suka nasi lemak ini dan agak kerap menempahnya. Saya tak keberatan memasak untuk mereka memandangkan cuti ni banyak masa terluang untuk berkarya di dapur yang merupakan satu pusat terapi kesukaan saya. Heee.




Saya guna resepi mudah untuk masak lempeng:

4 cawan tepung gandum
2 cawan air kelapa
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya
Sedikit mentega atau majerin untuk memasak lempeng (tak guna pun takpe sbb pakai nonstick pan)
3 helai daun pandan untuk mengoles mentega di kuali


Penyediaan:

Campur semua bahan dlm blender
Kisar sebati
Nak mix guna mixer elektrik pun boleh
Bancuhan mesti cair supaya lempeng lembut walaupun sudah sejuk
Panaskan nonstick pan
Oles sedikit sahaja mentega menggunakan daun pandan...lalukan daun pandan di dasar kuali utk mendapat aroma
Tuang satu senduk besar bancuhan dan ratakan bancuhan dalam kuali (goyangkan kuali dgn cermat)
Balik2kan lempeng
Masak hingga habis
Hidangkan panas2 dengan sambal cumi atau sambal bilis






Thursday, November 26, 2015

Roti Ciabatta Mudah



Saya teringin sekali membuat sendiri roti ciabatta untuk menyediakan sandwich. Tapi resepi2 buku yang saya ada, prosesnya agak lambat sebab kita perlu menyediakan sourdough dulu yang direhatkan selama 4 ke 5 malam. Nak buat sourdough tak susah sebab ia hanya gabungan tepung, air dan yis. Namun begitu, saya tak sabar nak menunggu lama berhari2. Huhu. Jadi saya intai2 resipi di internet dan menemui satu resipi mudah di blog simbokmasak. Lalu saya cuba resipi ini.

Proses pembuatannya tak sukar sama sekali cuma doh ini agak lembik. Namun, hasilnya tidak mengecewakan. Saya buat 4 biji ciabatta dengan satu adunan ini.

Bahan2 roti ciabatta mudah:
Sumber : simbokmasak

300gm tepung roti
75gm tepung kek
20ml minyak zaitun
12gm yis kering
6gm garam
280ml air




Penyediaan:

Campurkan semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan
Mix hingga sebati dengan speed perlahan
Masukkan air dan uli lagi
Akhir sekali, masukkan minyak zaitun
Biar doh naik dua kali ganda anggaran satu jam
Panaskan oven pada suhu 210C
Tabur tepung di permukaan meja kerja
Bubuh adunan doh
Sapu tepung ke tapak tangan (nak pegang doh ni agak mencabar sebab ia sangat lembik...heee)
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian sama rata
Bentukkan menjadi bujur dan leper
Susun dalam dulang pembakar
Bakar hingga masak
Sedia dihidangkan
Sedap dibuat sandwich atau dicecah air kopi
Selamat mencuba

Roti Perancis Yang Mudah



Petang tadi saya sempat menonton rancangan Makan. Selain pengacaranya memperkenalkan tempat2 makan yang eksklusif di Damansara, ada juga slot masakan sandwich yang ditunjukkan oleh seorang pensyarah kulinari. Nampak roti2 yang diguna tu macam sedap pulak. Kata pensyarah lelaki muda tersebut, kalau ke kedai2 roti, janganlah asyik beli roti putih, roti sandwich atau wholemeal...sesekali cubalah roti sour, ciabatta atau roti perancis.

Kata saya pula, sesekali masuk dapur tu, apa salahnya buat roti sour, ciabatta atau roti perancis sendiri. Hehehhe. Mesti hasilnya lebih mengujakan. Tak gitu. Anak2 pula, kalau aroma roti dah menusuk hidung, mesti akan jenguk ke dapur tanya umi masak roti apa! Seronok lihat anak2 teruja begitu. Lebih seronok jika melihat mereka menikmati roti atau sandwich dengan roti homemade buatan umi mereka sendiri.

Saya pun terus bermotivasi dan mula membelek buku tulisan Kathryn Hawkins iaitu salah satu koleksi buku pembuatan roti milik saya. Dulu, saya beli buku tu di Big Bad Wolf di Seri Kembangan.
Saya guna resepi beliau untuk buat roti perancis.

Bahan2 roti perancis:
(utk 2 batang saiz 12 inci setiap satu)

325 ml air suam
500gm tepung roti
1 sdt gula kastor
1 1/2 sdt garam
1 1/2 sdt yis kering
Sedikit tepung roti utk taburan



Penyediaan:

Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan
Mix guna speed perlahan sehingga bahan2 sebati
Tuang air perlahan2 dan terus menguli sehingga doh sebati
Biarkan doh naik 2 kali ganda
Keluarkan adunan ke atas permukaan rata yang ditabur tepung roti dan tumbuk2 doh
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan bentukkan panjang 12 inci
Letakkan atas dulang biarkan rehat sebentar
Panaskan oven suhu 200C selama 15 minit
Toreh berselang pada bahagian atas roti dengan pisau tajam
Bakar roti hingga perang
Sedia diguna dan lebih enak dimakan ketika panas...

Ikan Bakar Homemade Terlajak Sedap


Ikan bakar menjadi kegemaran suami dan anak2 saya. Saya suka ikan bakar kosong atau dilumur garam kunyit sahaja. Suami dan anak2 pula suka ikan bakar dengan sos ikan bakar. Selalu saya beli sos siap pek daripada kawan baik saya yang selalu membelinya di Muar, Johor. Saya lupa jenama sos ikan bakar tu sebab dah lama tak beli sejak dah boleh buat sendiri dan suami serta anak2 suka makan ikan bakar dengan sos yang saya hasilkan sendiri.

Saya pernah bakar ikan dengan resepi sama yang telah ditumis terlebih dahulu dan pernah dengan sos segar tanpa tumis. Pada saya, yang tidak bertumis lebih enak dan beraroma. Lagi pula ia lebih sihat. In shaa Allah.

Bahan-bahan ikan bakar terlajak sedap:

1 ekor siakap atau jenahak disiang dibersihkan, dilumur garam dan jus lemon atau limau nipis...
(kulit lemon atau limau nipis usah dibuang, masukkan ke dalam perut ikan)
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering direndam air panas*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
3 batang serai*
3 biji buah keras*
Garam gula perasa
Daun limau purut atau daun kesum (optional)

Penyediaan:

Kisar semua bahan bertanda *
Letakkan ikan di dalam aluminium foil yang dialas daun pisang
Lumurkan bahan kisar ke seluruh luar dan perut ikan
Anda boleh tambah sama ada daun kesum atau daun limau purut yang dimayang untuk aroma lebih enak
Bungkus ikan dengan aluminium foil
Perap satu jam
Panaskan oven 175 C
Bakar ikan di dalam oven hingga masak anggaran 30 mint ke 45 min
Boleh juga dibakar menggunakan kuali ajaib



Wednesday, November 25, 2015

Laksa Terengganu Guna Spaghetti Enak Sekali



Laksa Terengganu kegemaran saya. Dari kecil sampai ke usia sekarang masih amat menyukai menu ini. Menu nostalgia bagi saya. Laksa di Selangor laksa kering atau laksa basah tetapi bukan laksa segar dari ladang macam di Terengganu. Waktu kecil, biasa lihat jiran saya buat laksa di halaman rumahnya. Buat laksa ramai2 guna acuan tembaga khas. Acuan tembaga tu, atau disebut 'kebok' tak silap saya masih ada dijual di Pasar Payang. Geram nak beli tapi tiada kemahiran nak membuatnya...hahaha...adei...

Sekarang, kalau nak makan laksa Terengganu, saya lebih suka guna spaghetti ala2 laksa Johor. Pada saya lebih enak berbanding laksa kering atau laksa rendam. Kalau balik Terengganu, ada juga saya beli bbrp kg laksa kampung tapi yelah...bukannya tahan bertahun. Heeee.

Resepi saya ini anggaran seperti yang selalu saya masak sebab emak dulu giling semua rempah ratus. Arwah emak bubuh cabe dalam masakan, sejenis rempah jamu jawa tapi saya tak bubuh sebab tak ada stok nih dan macam tak pernah jumpa je kat sini...kalau kat rumah kampung dulu memang mak simpan.


Cabe


Resepi kuah laksa Terengganu resepi arwah emak:

1 peket spaghetti dimasak hingga empuk dan ditoskan (emak guna laksa kampung ori Terengganu)

3 ekor ikan kembong bakar dan ditumbuk halus (untuk aroma yang enak...jgn guna ikan rebus ok tapi kalau nak guna juga tak apa)
1 kg santan beli siap perah
1/2 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1 sudu besar kerisik
1 senduk besar cili kisar
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 sudu besar ketumbar**
1/2 sudu besar jintan manis**
1/2 sudu besar jintan putih**
2 biji cabe jawa (arwah emak paggil cabe)**
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 sudu rempah gulai cap ros
Sedikit garam dan perasa

Penyediaan:

Kisar halus bahan bertanda * dengan sedikit air
Sangai bahan bertanda ** dan tumbuk halus atau kisar kering
Tumis bunga cengkih dan kayu manis bersama bahan kisar hingga wangi
Tumis sekali cili kisar hingga terbit minyak
Masukkan rempah kisar kering dan tumis hingga terbit minyak lagi
Masukkan santan
Masukkan isi ikan tumbuk dan gaul rata
Kalau terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air
Masukkan kerisik dan perisakan garam dan perasa
Didihkan sekejap
Tutup api
Sedia untuk dihidang

Ulam-ulaman dan bahan pelengkap lain:

Kacang panjang hiris nipis
Timun dipotong halus
Sedikit daun serai kayu dihiris halus
Sedikit daun kemangidihiris halus
Sedikit daun selasih dihiris halus
Sedikit taugeh dibersihkan ekor dan dibuang kulit
Belacan*
Cili kisar* atau tumbuk keduanya dijadikan sambal belacan





Nasi Lemak Lemuni Yang Sedap



Nasi Lemak Lemuni yang sedap dan digemari kawan2 saya. Kerap juga kawan2 saya menempah nasi lemak lemuni sejak pertama kali saya kenalkan kepada mereka. Alhamdulillah. Nak dapat stok daun lemuni tak susah kerana saya telah menanam sendiri pokok ini di Taman Terapi di laman saya. Saya kirimkan dengan kawan yang balik ke Temerloh tahun lepas. Pokok membesar dalam pasu. Kalau banyak tempahan, saya akan ambil di taman pra sekolah yang ditanam oleh kawan saya tersebut.

Nasi lemak lemuni rasa lemak2, kelat2 sikit tapi dijamin enak dan sukar dilupakan kesedapannya. Tulah gamaknya ada yang tempah berulang2. Lagi pula ia elok untuk kesihatan terutama wanita. Tak rugi mencuba memasak nasi lemak lemuni. Cara saya memasak nasi lemak memang seperti di bawah. Saya suka campurkan 3 jenis beras kerana hasilnya pada saya memang puas hati. Sila cuba jika teringin ye. 

Bahan-bahan nasi lemak lemuni:

2 pot beras basmathi
1 pot beras wangi
1 pot beras biasa
2 cawan santan pekat
1 genggam pucuk lemuni dikisar lumat dan ditapis untuk jusnya
1 cawan air kelapa (optional)
Air secukupnya
2 ulas bawang merah dimayang halus
1 inci halia dihiris atau diketuk2
1 batang serai dititik
2 helai daun pandan disiat dan disimpul
Secubit garam

Penyediaan:

Cuci dan toskan beras.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik.
Pastikan bahan cecair cukup dan tidak berlebihan nanti nasi benyek.
Kemahiran mengagak perlu sangat sebab amaun air berbeza sedikit bergantung jenis beras.
Biarkan nasi masak.
Dah masak, off suiz. Biar kejap. Dan gemburkan guna garfu dengan cermat supay nasi tidak patah.
Hidangkan dengan pelengkap nasi lemak.

Pelengkap nasi lemak.

Sambal sotong atau ikan bilis
Hirisan timun
Kacang tanah goreng (saya suka guna kacang tanah tanpa kulit)
Ikan bilis goreng
Telur rebus dibelah2

Selamat mencuba...




Pecal Cepat dan Sedap


Pecal ni jarang saya masak. Kali ini saya masak sebab ada rakan yang jual bahan sos kacang homemade buatan ibunya. Alhamdulillah sedap sangat. Satu pek dijual dengan harga rm8.00. Saya tak tanya pula berapa beratnya. Tapi memang sangat sedap sekali.

Bahan Celur:

Kacang panjang dipotong pendek
Timun batang dihiris panjang
Sengkuang dipotong panjang
Taugeh dicuci dan dibuang ekor serta kulit
Tauhu keping digoreng dan dipotong dadu

Makan dengan digaul sambal kacang yang dibancuh dengan air hangat. Enak sekali. Mudahnya hidup ini.

Nasi Lemak Sambal Cumi Kepala Besar Yang Enak Beraroma



Nasi lemak sambal cumi kepala besar? Cam pelik je namanya er....hehehehe... Kebetulan saya kerap ikut suami berbelanja di NSK Klang. Kat situlah saya jumpa cumi kering kepala besar ni. Warna cumi ni putih kuning, kepala besar melebihi saiz badannya. Janggutnya panjang2. Sekali pandang macam semuanya bahagian kepala sebab badan kecil nipis melekat pada bahagian pangkal janggutnya. Huhu...nak tunjuk gambar pun, kebetulan dah kehabisan stok. Cumi ini asal dari Sabah. Memang banyak hasil makanan laut seperti aneka ikan bilis, udang kering dan sotong kering dari Sabah dijual di situ.

Sotong kering dikhabarkan tak berapa elok dimakan kerap kerana kandungan logam toksik jenis kadmium yang boleh menyebabkan kanser. Hummmm...tapi kalau dah makan sambal, alahai, sedapnya. Dah makan tu, pandai2 lah detox pulak ye...heee...minum jus lemon ke...cuka epal dengan madu ke dll...banyak cara untuk detox kan!

Ok, untuk nasi lemak, saya suka guna beras campur2...cara saya seperti di bawah:

Bahan2 nasi lemak:

2 cawan beras basmathi
1 cawan beras wangi
1 cawan beras biasa
2 cawan santan pekat
1 cawan air kelapa (optional - kalau santan kelapa mesin sendiri dan perah sendiri)
Air secukupnya separas takat bilangan pot periuk (atau lebihkan sikit aje)...maksudnya kalau 4 pot beras, setelah bubuh santan, tambahkan air hingga cecah takat tercatat 4 pot (boleh lebihkan skit aje)
2 ulas bawang merah
1 inci halia dihiris nipis
2 helai daun pandan disiat dan disimpul
Secubit garam

Penyediaan:

Cuci beras dan toskan
Campurkan semua bahan ke dalam pot periuk elektrik dan set butang masak. Biarkan
Dah masak, off suiz. Biar sekejap anggaran 10 minit.
Gemburkan nasi perlahan2 dengan garfu.


Sambal Cumi Kepala Besar:

Bahan-bahan:

300gm cumi kepala besar direndam dan dibersihkan
2 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah* dikisar
1 labu bawang besar* dikisar
3 ulas bawang putih* dikisar
1/2 inci halia* dikisar
1/2 sudu teh pes asam jawa
1 ketul kecil manisan / gula melaka (anggaran saiz 2 ruas jari) boleh guna gula merah atau gula pasir jika suka
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu bawang goreng homemade
Garam secukupnya
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
Minyak untuk menumis

Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga wangi bersama daun pandan
Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
Masukkan cumi dan gaul rata
Masukkan semua bahan lain dan masukkan sedikit air
Masak hingga pekat
Perisakan garam dan gula
Sambal yang pedas, masam, masin dan manis yang bersatu amat enak dimakan dengan nasi lemak

Pelengkap nasi lemak:

Hirisan timun
Telur rebus atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng

Selamat mencuba....

Ceritera Rempah Ratus Istimewa Terengganu

Rempah Gulai Susu, Rempah Gulai Nasi Minyak, Rempah Gulai Dagang,
Rempah Kerutuk dan Rempah Asyura.


Petang ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang aneka rempah Terengganu yang memang menjadi simpanan dan kegunaan di rumah atau di kedai2 makan. Rempah2 ini boleh didapati dengan mudah di Pasar Payang, Terengganu. masih ada beberapa buah kedai yang menjual rempah2 ini sama ada secara timbang atau siap bungkus. Sejak dahulu, sejak kecil, saya membesar dengan aneka rempah ini. Dan yang paling popular ialah rempah gulai dan rempah masak cap bunga ros.


Arwah emak saya biasa akan menggiling sendiri rempah gulai atau rempah masak sendiri menggunakan batu giling di beranda dapur rumah. Aroma rempah giling arwah emak menyimpan 1001 nostalgia buat saya. Jujurnya, saya tidak mahir langsung menggiling rempah, menumbuk pun amat susap payah sekali. Hehehehe. Batu giling emak disimpan abang saya sebagai kenangan. Begitu juga ketuyung...sejenis belanga tembaga yang digunakan untuk mengukus dengan sebuah bakul buluh khusus untuk diisi beras untuk dikukus.




Gambar di atas merupakan rempah gulai dan rempah masak cap bunga ros yang terkenal di Terengganu. Ia dijual dalam pek kecil untuk sekali masak dan pek besar. Kalau balik ke sana, saya tidak akan lupa membeli stok rempah ini untuk simpanan tambahan atau dijual kepada rakan yang kirim. Aromanya lebih kurang dengan gulai Terengganu atau gulai kawah. malah, boleh juga dijadikan gulai nasi dagang dengan ikan tongkol atau ayam.


Rempah masak tak perlu digunakan banyak dalam adunan atau campuran gulai. Kalau rempah gulai digunakan 2 ke 3 sudu...rempah masak cukup setakat satu sudu. Aromanya amat berbeza dengan aroma kari. Kalau di negeri2 lain di negara kita, popular dengan rempah kari, di Terengganu dan Kelantan popular dengan rempah gulai. Rempah kari di Kelantan dan Terengganu adalah rempah kerutuk, iaitu sejenis kari pekat yang sangat sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi minyak.




Ini pula adalah rempah nasi dagang cap wau bulan siap pek yang saya dapat melalui kiriman seorang kawan di Kemaman, Terengganu. Saya lupa harganya. Tetapi tak ada la mahal sangat. Lebih kurang harga di Pasar Payang KT. Orang Kemaman dikatakan lebih menyukai aroma dan rasa daripada rempah bungkus ini berbanding rempah timbang.




Ini pula merupakan rempah timbang yang saya beli daripada gerai sama yang saya selalu langgani rempah. Cakap sahaja nak rempah apa, nak masak apa, ayam ke, daging ke, ikan ke, kambing ke...dll. Jika nak buat majlis kenduri dan sebagainya, cakap aje bilangan tetamu berapa orang....nanti pakcik yang jual rempah tu akan bagitau berapa banyak rempah nak guna, siap pek ikut jumlah kilogram bahan nak dimasak. 


Sewaktu nak memasak untuk jualan hari kantin tempoh hari, saya minta rempah gulai susu dan gulai santan nasi minyak. Terus pakcik timbang dan pek. Saya ada tanyakan pakcik 1 kg daging sesuai untuk berapa orang makan. Kata pakcik, 1 kg daging untuk 10 orang makan. Senanglah saya nak agak banyak mana daging dan rempah serta banyak mana ayam serta beras. Pakcik rempah tak kedekut ilmu. Alhamdulillah. Nak masak nasi minyak pula, saya berguru dengan makcik Rahmah kedai makan majlis daerah tidak jauh dari rumah saya. Makcik Rahmah sarankan saya guna beras SAGA beras wangi super import pek biru. 5 kg boleh makan 80 orang. Beras tu jenis berderai setelah dimasak. Seronok saya dapat ilmu itu dan saya kongsikan dengan pembaca hari ini ye. Senanglah nak agak kalau nak masak nasi untuk tetamu majlis anda. In shaa Allah.



 Ini pula rempah2 aneka masakan dan gulai2 istimewa Terengganu yang telah dipek secara komersial oleh pak cik penjual rempah di pasar Payang. Rempah Warisan Terengganu aka Rempah Warisan Pak Leh Enterprise. Semoga perniagaan pak cik terus maju jaya kerana sumbangan pak cik amat berguna dan bermakna buat kami yang tinggal di perantauan dan tiada orang tua khasnya ibu seperti saya. Hanya sedikit sahaja ilmu memasak ibu yang saya warisi. Namun saya amat mensyukurinya. Alhamdulillah.

Roti Jala Pandan Kuah Durian



~minum petang , roti jala pandan kuah durian...


utk roti jala, mcm biasa...
4 cawan tepung gandum
2 camb tepung kastad (x buh pun xpe)
6 cawan air@ susu segar@ santan cair@ campur2 (kalau guna santan/susu semata x sdp jgk, nti tlalu lembut...)
2 biji telur
secubit garam
pewarna kuning (hari ni sy guna air pandan jd x buh pewarna ni)








Blend semua bahan sebati. Boleh tapis kalau nak pastikan tiada ketulan tepung, nanti acuan tersumbat.
Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak. Tapi sy guna crepe maker. Jd x perlu guna minyak...Masukkan adunan dlm acuan / botol...tuang atas kuali...biar msk, gulung dan angkat...pastu bolehlah hidang dgn kuah durian atau kari ayam




Scone dengan Sirap Strawberi


Bahan-bahannya:

500g tepung roti
125g mentega
1 bj telur / mix fruit
10g kismis
sedikit buah pala dihiris atau boleh guna halwa pala
sedikit garam

Bahan untuk dilarut bersama:
60g gula kastor
8g yis kering
2camb susu segar
air suam secukupnya

Cara:
ayak tepung dan garam
masukkan mentega dan buah, gaul rata
tuang bahan larut
uli hingga kenyal
biar doh naik 2x ganda lebih kurang 30 minit
canai doh
bentukkan jd bebola
timbang berat 90g setiap satu
masukkan dlm mangkuk kertas
susun dlm dulang pembakar


rehatkan doh 10 minit lg
bakar pd suhu 230C hingga masak, anggaran 30 min
makan dgn sirap strawberi

sirap strawberi tu leh wat simple jugak, sebungkus setgh dimasak dgn secwn gula sampai pekat...blend, guna blender biasa atau pengisar tgn tu...senang


Mi Rebus Terengganu Simple dan Sedap

Mi rebus Terengganu ni simple aje nak masak...selalunya jadi santapan malam. Jarang dimakan siang. Tapi tak jadi masalah kalau nak makan waktu siang pun. Apatah lagi kalau minda tengah buntu nak masak apa untuk santapan keluarga. Sangat sesuai untuk kanak-kanak sebab tak begitu pedas. Kalau ada sikit pedas tu datangnya drp lada hitam aje. Orang Terengganu biasa makan menu ini. Selalunya saya masak kalau ada antara anak2 saya demam atau kurang selera makan.



Bahan-bahan yang cukup untuk sekeluarga 6 orang makan:

2 pek mi kuning 450gm (saya guna mi kampung hasil perusahaan desa adik kawan saya)
2 labu bawang besar hiris bulat
3 ulas bawang putih diketuk
2 sudu teh serbuk lada hitam...lebih pun takpe...lebih sedap
1 cawan isi ayam
1 cawan isi udang
1 cawan sotong bersih dipotong bulat2
3 ke 5 pokok sayur sawi
3 biji tomato dibelah 4
Telur ayam (ikut kiraan yang makan, kalau 5 orang 5 bijilah)
2 kiub pati ayam
Minyak masak secukupnya
Garam secukupnya
Air secukupnya



Penyediaan:

Cuci mi kuning 450gm dan toskan
Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk lada hitam
Masukkan isi ayam dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan air dan didihkan
Setelah air mendidih, masukkan telur satu persatu dengan cermat bagi elak telur hancur, biarkan dan jangan kacau sementara ia masak



Masukkan isi udang, sotong dan mi, didihkan sekejap
Masukkan sayur sawi, tomato dan kiub pati ayam
Perisakan garam secukupnya
Sedia untuk dihidangkan
Makan ketika masih panas
Kalau dah sejuk, mi kembang semangkuk...heee


Mi rebus Terengganu siap! Tarrrraaaa.

Tuesday, November 24, 2015

Pau Sambal Ikan Bilis Kegemaran Anak2


Menu yang menjadi pilihan anak2 di rumah atau di kantin sekolah. Orang tua pun suka. Tak gitu. Malah, sebelum balik ke rumah setelah tamat tugas di sekolah, saya biasa juga beli pau sambal ni di kantin sekolah agama, bersebelahan sekolah saya.

Nak bikin sendiri menu ini tidaklah susah. Janji, ada kemahuan. Resipi yang saya kongsikan ini adalah daripada buku resepi Chef Puteh. Simple tapi sedap.

Bahan ibu roti:

350gm tepung gandum
1 camb yis segera
400ml air suam
~campurkan semua dan gaul sebati. Biar selama 1/2 jam sehingga ia berbuih.

Bahan doh:

50gm tepung roti
150gm tepung gandum (semua tepung gandum pun ok aje)
2 camb tepung susu
1 camb baking powder
8gm bread improver
8gm yis segera
2 camb gula pasir
1 camt garam
2 camb majerin
air secukupnya

Penyediaan:

Campurkan semua bahan.
Masukkan bahan ibu roti
Uli sambil tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut
Saya uli guna KA Mixer...nak uli guna tangan pun ok aje
Biar doh naik 1 kali ganda lebih kurang satu jam
Bentukkan bulat2 dan goreng
Nak goreng terus boleh, biarkan kejap pun boleh supaya doh bulat2 tu naik skit
Tapi kalau goreng terus pun tak jadi masalah sebab doh2 itu akan naik sambil2 goreng
Belah bahagian tengah.
Masukkan sedikit sambal bilis pedas dan sekeping hirisan timun.
Hidangkan bersama kopi panas. Hummmmm.
Selamat mencuba....


Apam Mini Gula Hangus


~apam mini ini senang nak sediakan, senang nak makan, sebab saiznya mininya. Resepinya nih saya lupa pula mana saya ambil...huhu...mohon maaf kepada yang berkenaan. Dan terima kasih juga atas perkongsian resepi. Semoga perkongsian ini akan membawa keberkatan kepada semua. Aaaamiiiinn.

Bahan-bahan:

1 cawan gula pasir dihanguskan, kemudian dituang satu cawan air panas dan biarkan ia mencair. Sejukkan.

Bahan Kisar guna Pengisar:

1 cawan susu cair
Air gula hangus tadi
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Penyediaan:

Kisar sebati bahan di atas. 
Kikis bahagian tepi blender untuk pastikan tiada tepung melekat di bahagian tersebut. 
Blend hingga larut. 
Tapis adunan ke dalam jug agar senang nak handle nanti. 
Rehatkan adunan sejam dua...tapi 1/2 jam aje pun dah ok sebab soda tu cepat aje kerja dengan air suam. 
Kalau air sejuk lambat sikitlah. 
Tapi, jangan pula guna ir panas, nanti yis 'mati' dan apam tak naik. 
Tuang adunan ke dalam loyang kecil. 
Tak perlu penuh sangat nanti melimpah.  
Kukus hingga masak. 
Hidang dengan kelapa parut bergaul garam
Selamat mencuba.