Tuesday, April 30, 2013

Cupcake Halwa Pala

Cupcake Halwa Pala


Erm, ini cubaan saya kali pertama memasak cupcake tanpa merujuk mana-mana resepi. Cuba jaya. Alhamdulillah berjaya. Bukan apa, asyik ulang alik ke Penang, selalu pulak singgah di Kilang Jeruk Pak Ali di Simpang Ampat, ada la beli halwa pala sagat tu. Tapi semua tak nak makan. Takde sapa jamah, rasa sayang pulang takut rosak begitu sahaja. Jadi saya try campurkan 1/2 cawan halwa tu ke dalam resepi asas yang saya ada tulis kat bawah tu.

Ketika kita makan halwa tu sebagai kudap, ia agak keras tapi bila dimasukkan ke dalam kek, ia menjadi sangat lembut. Bila nak masukkan pala ni? Haa, masukkan sekali ke dalam bahan kering dan kacau dengan tepung tu. Nanti takdelah ia turun berkumpul kat bawah cup setelah masak. Bahan asas lain semua sama, cuma kali ni saya lebihkan minyak jadi 1/2 cawan tapi takdelah penuh sesangat. Hasilnya sangat gebu. Selamat mencuba.



Resepi Asas Cupcake

Wow! Lama sungguh tak update blog. Kesibukan konon melanda diri. Kalau dulu masuk boleh kata setiap hari. Erm, apa nak dipost hari er. Bagaimana dengan cupcake. Huhu...sebabnya, hati memang sedang berbunga, cinta kepada masak memasak dan bakar membakar kek. Humm...jadi hari ni elok rasanya kongsi satu resepi asas dalam pembuatan cupcake. Resepi ni saya dapat drp buku yang dibeli ketika big bad wolf kat mines tahun lepas. Ia sungguh bermakna kerana dengan satu resepi asas kita boleh berkarya sendiri di dapur. Guna apa bahan yang ada dalam simpanan.

Resepi asas cupcake mengikut buku 1 Mix 100 Muffins tulisan Susanna Tee..

2 cawan tepung (serbaguna/gandum/kek/superfine dll)
1 camb baking powder
1/2 camt soda bikarbonat (jika guna yogurt)
1/2 camt garam
1/2 cawan gula kastor/perang
2 biji telur A
1 cawan susu segar/susu cair (kalau takde boleh bancuh susu tepung dengan air) /santan / sebarang jus seperti jus buah atau sebagainya
6 camb minyak bunga matahari / canola / sayur / paling tidak sebarang minyak masak yg diguna di rumah atau boleh guna butter yg dicairkan ( tp ummie selalu guna lebih 2 sudu, jadi 8 sudu lah sebab ia lebih moist nanti berbanding 6 sudu)
1 camt esen vanila

Nota...tepung tu boleh campur2...contoh 1 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung superfine dll. Kalau nak masak cupcake coklat, kurangkan tepung 1/2 cawan dan tepung jadi 1 1/2 cawan dan esen tukar kpd coklat emulco...

Contoh: ini saya olah jadi cupcake oren rintik...cuma tambah 1/2 cawan choc chips kaler2 dan tukar esen kpd esen oren atau boleh guna oren sunquick...



Cara nak buat senang sahaja...ikut resepi asal...panaskan oven 200C...sediakan cup..., mula2 pukul telur kemudian campurkan dgn semua bahan cecair dan kacau. Kemudian campurkan dgn bahan kering dan pukul sebati. Jangan terlebih pukul, nanti jd berat.

Kalau ikut cara saya pula, senang dan dapat hasil yg sama, mula2 campurkan semua bahan kering dalam mangkuk adunan, kacau guna whisk belon, hasilnya sama macam mengayak tepung dan segala campuran kering tu. pastu masukkan telur, kacau sikit dan masukkan pula semua bahan cecair. Kacau rata, nak guna mixer pun boleh, tp ingat jgn pukul lama nanti hasilnya cupcake jadi berat dan padat. Okey.

Bakar 20 ke 30 minit bergantung kepada jenis oven...hingga masaklah. Jangan terlebih lama dibakar nanti terkering pula cupcake tu...saya suka lembab skit janji dah masak (bila cucuk dgn tester, x melekat)...selamat mencuba.