Monday, May 28, 2012

Sotong Celup Tepung

Sotong celup tepung antara menu yang diminati ummie sekeluarga. Cuma selalunya bila digoreng selalu tepungnya tak begitu melekat malah lemau setelah sejuk. Beberapa hari lalu ummie ada terbaca tentang cara hendak melekatkan tepung dengan sotong dan sekaligus merangupkannya. Menurut sumber tersebut (kalau tak silap, majalah) kita perlu campurkan sedikit tepung kentang ke dalam adunan batter.

Jadi kali ini ummie try n error untuk menggoreng sotong. Sotong perlu dicelur dahulu untuk mengurangkan airnya dan merangupkan gorengannya nanti. Selain celur boleh juga kita goreng tanpa minyak sekejap atau kukus supaya ia separuh masak.

Anggaran adunan batter untuk sekilo sotong:

60gm tepung gandum
80gm tepung beras
60gm tepung kentang
1/2 sdt serbuk kari
1/2 sdt serbuk kunyit
garam dan air secukupnya
sebiji telur (asingkan putih dan kuning)
telur putih dipukul hingga kental (meringue) atau boleh juga masukkan saja sebiji sekaligus

Satukan semua bahan kecuali telur putih yang perlu dipukul asing. Dah siap campuran, kaupbalik meringue ke dalam adunan. Celup sotong dan goreng dalam minyak terendam supaya sotong masak rata. Insyallah hasilnya lebih baik dan rangup. Enak dinikmati dengan sos cili atau sos buatan sendiri seperti sos keropok lekor Terengganu. Cubalah.

Apam Beras Lagi.

Erm, entah kenapa rasa tak puas pulak menikmati apam bakar tempoh hari. Mungkin sebab belum 'terkena' dengan resepi sebenar arwah bonda. Ummie bawa sikit ke sekolah untuk kengkawan. Bila sorang adik kelate cakap, orang tua biasanya tambah sikit serbuk lada hitam barulah ummie teringat resepi sebenar yang selalu dimakan kecik2 dulu.

Jadi, kali ini ummie tambah sesudu teh serbuk lada hitam ke dalam adunan sama seperti adunan di bawah, setangkai (tiga bungkus tapai pulut daun getah) dan sedikit air lagi. Bagi lebih cair dan alhamdulillah hasilnya lebih gebu dan naik. Kali ni ummie makan dengan kelapa. Sangat nostalgia... Cubalah.

Tuesday, May 1, 2012

Apam Beras ala Bonda

Lama tak makan apam bakar macam arwah bonda buat masa kecik2 dulu. Erm, dulu masa bujang tak cakna sangat bab2 masak, maklum anak bongsu. Tau2 balik sekolah dah siap makanan kat meja, kalau kat dapur pun sekadar menolong. Sejujurnya, start ummie dah bertunang 20 tahun dulu barulah aktif di dapur untuk mencuba pelbagai masakan walaupun arwah bonda tu seorang chef kat kampung. mahir masak memasak apatah lagi kuih2 tradisi.

Jadi, sekarang kenalah buat sendiri sebarang menu tatkala teringin. Resepinya ummie agak2 aje, tapi alhamdulillah menjadi dan baunya hampir seperti masakan bonda. Cuma bezanya dulu bonda guna beras yang dikisar. Lebih harumlah maksudnya.

Resepi ni menggunakan 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum, 5 camca besar gula kastor, 1 camca teh yis kering dan 450 ml air biasa. Kalau nak makan dengan kuah kari, boleh tambah sedikit garam dan kurangkan gula ke 2 camca sahaja.

Caranya tak susah, cuma satukan semua bahan dan kacau atau pukul sebati. Pastu ummie biarkan semalaman dlm peti ais supaya adunan naik. Bangun pagi2 dah boleh bakar dlm kuali. Bakar api perlahan saja. Ummie guna non stick pan saiz 4 cm. Dapatlah 5 pcs. Masa bakar tu, tutup kuali tu dengan tutup periuk.

Bila dah berlubang2 macam ni, bolehlah dibalikkan supaya masak kedua2 belah. Tak balik pun tak apa sbb sebenarnya apam dah masak cuma kalernya putih gitu jelah.



Dah dibalikkan, tutup semula sekejap saja jangan sampai hangus.




Inilah hasilnya. Gebukan. Ini yang buat ummie terkenang arwah bonda.




Hummm...dah siap masak, makan bersama kuah kari. Kenyang sarapan ummie sekeluarga hari ini. Selamat mencuba.