Sunday, August 30, 2009

Umai udang

Bahan-bahan:
  • 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2)
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci belacan*
  • 1 biji cili merah*
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili api (dihiris)
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan ditumbuk)
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • Sedikit garam dan gula
  • Untuk hiasan (jika suka) : Hirisan bunga kantan, daun kunyit, daun sup, daun ketumbar atau hirisan serai.

Aturannya:
  1. Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika.
  2. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
  3. Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang tadi. Gaul sampai sebati.
  4. Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya satu jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 tadi).
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.

Kerabu Mangga Sotong

Bahan-bahan:

Semangkuk sotong direndam/rebus 5 minit dalam air mendidih, toskan
Dua biji mangga muda (besar sikit la ye) dipotong memanjang halus
Dua labu bawang besar dimayang
10 biji cili api dipotong kecil
4 biji limau nipis, ambil jusnya
50 sen kacang tanah sangai (atau bakar je dlm microwave)
4 sudu sos ikan (cari yang halal)
Garam, gula secukup rasa

Campur semua, sedapnya...siap ratah lagik.

Aksesori/ rencah tambahan jika suka:
Hirisan bunga kantan
Hirisan serai
Hirisan daun ketumbar
Ikan bilis goreng / udang kering

Selamat mencuba.

Cheese Cake

Bahan-bahan:

25 biji telur ayam

5 biji putih telur

1 gelas gula halus

1 botol keju

1 gelas tepung hongkong

16oz mentega

3 camb susu manis

3 camb ovellete

3 camb golden syrup

Sedikit garam


Aturannya:

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  2. Mentega, keju, golden syrup, garam dan susu di pukul di dalam bekas berlainan hingga kembang
  3. Satukan adunan
  4. Masukkan tepung hongkong
  5. Bakar selapis demi selapis menggunakan api atas
  6. Lapis pertama 8 sudu.
  7. Lapis seterusnya 6 sudu sahaja

Kek Lapis Winter Sonata

Bahan-bahan:

25 biji kuning telur
5 gelas putih telur
2 gelas tepung hongkong
2 gelas gula halus
1 camt entimol
½ sudu ovelette
16oz mentega
1 gelas nestum
1 botol kecil korlick
500gm coklat biji
1 tin kecil kaya
1 peket santan cream
6 camb susu manis
Perisa pandan, strawberi dan keladi
Pewarna hijau, merah, ungu

Aturannya:
1. Pukul telu dengan gula dan ovelette hingga kembang
2. Pukul susu dan mentega hingga sebati
3. Satukan adunan
4. Masukkan entimol dan horlick
5. Bahagikan 3 bahagian
a. Hijau + pandan
b. Ungu + keladi
c. Kaya + merah dan strawberi
6. Bakar setiap lapisan berselang seli dengan coklat biji

Nota:
Resepi2 kek lapis Sarawak ini merupakan sumbangan rakan KDP-OUM BPG Jan 2007 IPIS. TQ Kak Badiah. Selamat mencuba kepada yang berminat.

Kek Lapis Strawberi

Bahan-bahan:

25 biji kuning telur
5 biji putih telur
½ tin susu manis
16oz mentega
1 ½ gelas gula
1 camb ovellete
1 botol strawberry paste
2 peket tepung ice-cream

Aturannya
1. Susu dan mentega dipukul hingga kembang
2. Pukul telur dan gula hingga kembang
3. Satukan adunan
4. Masukkan tepung gandum
5. Bahagikan kepada 2 bahagian
a. Warna asal
b. Strawberry paste dan ice cream powder
6. Kukus dan lapis berselang seli hingga habis

Kek Cheese Nestum Coklat

Bahan-bahan:

Bahagian a
15 biji kuning telur
6 biji putih telur
250gm gula halus
200gm tepung hongkong
1 camb ovellete

Bahagian b
150gm mentega
250gmcream cheese
1 camb susu manis

Bahagian c
150g coklat masakan
1 gelas nestum keluarga dikisar
Pewarna hijau, kuning, coklat

Aturannya:
1. Pukul semua bahan hingga kembang
2. Masukkan bahan b yang telah dipukul
3. Gaul rata. Bahagi kepada 3 bahagian
a. Warna kuning dan vanilla
b. Warna hijau dan nestum
c. Warna coklat dan coklat masakan
4. Lapis warna kuning hingga habis (4 lapisan)
5. Lapiskan warna hijau hingga habis
6. Lapiskan warna coklat

Kek Belacan



Kek belacan? Ada ke kek belacan? Macam mana bau dia. Hihihi...itu persoalan yang tersembul dari mulut saya kepada Kak Badi (Cikgu Badiah Bolhari...rakan uni saya). Senyum Kak Badi dengar soalan2 saya. "Nanti potluck majlis perpisahan kita kak bawa erk," kata kak Badi. "Kau rasalah sendiri nanti ada rasa belacan ke tidak." Hihi...Saya tambah lagi, nanti nak resepi kak. 

Ketika kami buat jamuan perpisahan Kak Badi bawa bermacam2 kek lapis termasuk kek belacan. Saya kejar kek belacan dulu. Cium. Wow, wanginya! Jamah sikit. Wow, sedapnya!!! Saya hanya sempat kukus kek ini sahaja. Resepi kek2 lapis lain yang siap Kak Badi bagi, bertaip lagi...saya tampal elok dalam buku koleksi resepi saya. Dah lusuh pun, saya masih sayang sungguh kat buku tu. Kek2 lapis lain belum sempat test kak....hihi...dah bertahun2 dah...huhu

Resepi Kek Belacan Kak Badi

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam
16oz mentega
200gm horlick
1 tin susu manis
1 tin nestle cream
1 tin kaya (sederhana)
2 1/2 gelas tepung gandum
2 gelas gula kastor
2 botol kecil gula hitam
1 camb ovellete
1 camt esen vanilla

Aturannya
1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu hingga habis
3. Gaulkan kaya, horlick
4. Masukkan tepung gandum, gaul sebati
5. Masukkan nestle cream, gula hitam, ovellete dan vanilla
6. Kukus selama 4 jam

Selamat mencuba.

Sunday, August 9, 2009

Salam Pengenalan

Salam mesra buat semua. Post pengenalan untuk blog ini yang sedang dalam pembinaan.