Friday, December 4, 2015

Ceritera Pinggan Mangkuk dan Periuk Ayan

Beberapa hari lepas, ketika berada di JB...boring2 kat bilik hotel...suami dengan urusan kerjanya....anak2 mandi kolam...ibu bersendiri rehat2 badan...saya buat lawatan ziarah online ke blog2 tanpa dirancang...taip je apa terbayang di minda...dan terziarah ke blog ezany...anak muda yang gemar barangan antik dan klasik... Wah, saya kagum dengan hobi dan bidang kesukaan beliau!

Lalu, balik aje ke rumah semalam, saya bersila depan kabinet simpanan barang2 yang jarang saya gunakan. Kebanyakannya adalah koleksi ketika baru berumahtangga dahulu...dah hampir cecah 20 tahun dalam koleksi saya...berhabuk sikit dan bersarang lelabah...hehehe...maklum, la ni duk layan pinggan mangkuk corelle...hummmm


Jumpa satu mangkuk anggaran 5 inci ini. Tak silap saya, dulu ada 3pcs...ntah ke mana la lagi dua...dulu2 tak tau sayang...hahahha...entah hilang kat celah mana pun tak perasan...jangan2 dah terbuang kat dalam tempat pelupusan sampah!



Yang ini pula mangkuk besar 2 beradik. Kalau tak silap...pun ada 3 saiz...tiga beradik. Tapi dah tinggal 2. masih cantik berkilat, tak sompek atau kemek. Mana nak kemek, mana nak sompek...duk tersimpan aje dalam lemari...tersorok skit kat belakang pinggan mangkuk lain. Saiznya tak semak pula...anggaran 8 inci camtulah. Besar...



Ini piring ayan kecil. Saiz piring kuih. Saya tak simpan banyak koleksi ini. Setakat satu dua aje. Tak pernah pakai pun. Tapi, bila nampak ezany duk tayang, nampak cantik pulak dlm gambar...Heee...




Seterusnya pula adalah besen ayan besar. Print gambar naga. Ada satu biji sahaja. Beli di kedai household lama dulu, sebab nampak antik...Masih cantik tapi ada sompek skit lapisannya tuh! Tapi, besen ayan ni memang tak karat. Masih elok diguna...




Pandangan dari luar besen. Masih seperti baru. Saiz besar. Lebih kurang 32 inci. Tak ukur. Agak2 aje...Hee.




Besen ini lebih kurang sama besen print gambar naga. Kadang2 guna kalau masak nasi dagang. Cara orang Terengganu. Nasi dagang bubuh dalam besen camni. Atau besen aluminium. Cantik seperti baru tanpa kesan calar atau sompek. Kat Terengganu, Pasar Payang masih banyak koleksi sebegini. Malah, banyak juga periuk ayan biru dijual di sana.





Periuk ini sama dengan periuk ayan biru yang saya tayang sebelum ini. Dalam post masak ayam kicap. Beli 3 biji di kedai apek yang masih simpan beberapa koleksi ini ketika itu. Sempat la saya beli ini ketika beliau buat renovation kedai akibat dimasuki air ketika banjir kilat kat tengah pekan. Hummmm.


Periuk ini saiz 10 inci. Beli sama dengan periuk kat atas. Toke kedai jual murah2. Kadang2 saya guna untuk isi cili kisar. Cili kisar memang buat homemade. Masukkan dalam perik ni memang muat elok dalam peti ais.


Manakala periuk enamel / ayan ini dikira koleksi moden. Saya beli 2 tahun lepas di kedai berdekatan tempat tinggal saya. Buatan China. Tebal dan teliti  salutannya. Mungkin ada lagi kut stok kat kedai itu.

Hummmm...begitulah serba sedikit kisah periuk belanga ayan atau enamel. Menulis ilham bacaan blog penggemar koleksi antik...Heeee.

No comments:

Post a Comment