Tuesday, October 30, 2012

Air Batu Campur

Minum ABC homemade? Seronokkan? Dah agak lama ummie teringin ada mesin pengisar air batu di rumah. Senang nak makan, tak payah keluar cari di gerai-gerai. Ramuan pulak ikut saja kehendak diri. Itu yang membuatkan rasa bertambah seronok masuk dapur. Anak-anak pulak makin suka sebab boleh makan bila-bila masa. Harganya pun tak mahal dan mampu dimiliki. Kalau yang manual pusing tangan tu lagi murah. Tak cecah dua ratus pun harganya. Kecualilah toke kedai tu caj harga gila-gila.

Sunday, October 14, 2012

Acuan Silikon Lagi


Humm...dengan mood masih menggilai acuan silikon, kali ini saya tambah koleksi ketika ke Empire Subang. Tak sangka kunjungan kali pertama ke sana menemukan saya dengannya...huhu macam jumpa orang lak erk. Tapi kali ni agak mahal, branded la kut sampai cecah RM53.90. Huh, suka punya pasal sayae rembat je la. Banyak gak koleksi jualan kat situ tapi sebab hampir sama dengan yang dalam simpanan, saya ambik 2 je la. Satu lagi cup satu2 yg cantik untuk jelly. Erm, nama kedai lupa plak, tapi kedai tu memang ekslusif dan selesa. Wow, barang semua harga berbintang2... Cuma yang tak seronoknya hari tu dah lewat petang sangat mrB bawa ke sana tuk makan2, jadi tak sempat nak ronda sangat. Satu kedai lagi ok juga...Aina living ke apa ntah namanya tu. Satu hari kena jenguk lagi la gamaknya demi hobi...hehehehe

Friday, August 10, 2012

Lompang Pancawarna

Petang semalam sempat pulak ummie kukus kuih lompang. Resepinya ikut buku aje. Maklum, sebelum ni mana ada masa nak melompang, jadi bila nak masak, teleklah buku. Segala macam warna yang ada ummie guna. Dapatlah lima warna. Sekurang-kurangnya, anak-anak lebih tertarik nak jamah masa berbuka.
Ini sebahagian koleksi acuan lompang tembikar yang ummie simpan. Acuan ni tak susah nak cari. Ada je kat kedai household. Cuma kena rajin meneleklah. Setakat yang ada kat rumah ni kira antik la, tapi kat kedai2 tu lagi banyak pilihan...harga pun tak mahal...yang coklat ni ummie beli tuk tambah, 70 sen je sebiji...

Monday, July 30, 2012

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua pengunjung yang sudi membaca post-post ummie di sini. Cepat betul masa berlalu. Tanpa disedari Ramadhan berkunjung kembali.

Kali ini, Ramadhan ini, ummie berazam dengan semangat sekali untuk menikmatinya dengan gembira. Azam juga tersemat di hati untuk tidak berkunjung ke bazar lagi. Huhu, tahun lepas walaupun memasang azam yang sama, ummie gagal melunaskannya. Ada juga dua tiga kali 'ter'berkunjung ke sana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...(huh, alasan!)

Setakat ini, masih berjaya bertahan. Apatah lagi, hati sedang berbunga melayani si kecil yang mula belajar bertatih. Lebih seronok duduk di rumah dan di dapur sambil-sambil buat itu ini. Lebih menggembirakan tatkala menikmati waktu berbuka, anak-anak dan suami makan dengan begitu berselera. Bukan sebab hidangan tu sedap sangat, tapi rasanya mungkin berkat air tangan sendiri, ia lebih enak dinikmati.

Bagaimana pula dengan Ramadhan anda? Semoga kita berjaya melaluinya dengan jaya dan penuh keberkatan...amin.

Thursday, June 7, 2012

Muffin jagung kukus aka apam jagung manis

Petang-petang begini seronok juga kalau dapat masak masak menu tradisional untuk minum petang sekeluarga. Dan buat kali pertamanya ummie mengukus secara tradisional menggunakan pengukus buluh chinese style. Wau, pengalaman pertama kali menggunakan pengukus ini amat menyenangkan kerana aroma kuih yang dikukus wangi sekali berbanding ketika menggunakan pengukus aluminium atau pengukus tupperware yang biasa ummie guna. Ia juga mengundang nostalgia sebab dulu-dulu bonda menggunakan pengukus buluh kalau nak mengukus pulut kuning atau pulut untuk pulut panggang. Aromanya membangkitkan kenangan silam.

Kali ini ummie sediakan menu apam jagung manis dalam tin dan dikukus di dalam acuan muffin untuk memudahkan kerja memasak. Tentunya, selepas memasak tak banyak bekas yang hendak dicuci.

Resepinya:
1 tin jagung manis
1/4 cawan gula kastor
6 bj telur
1 cwn majerin lembut (majerin biasa pun boleh)
1 sdt soda bikarbonat
1/4 cwn air
Campurkan semua dan adun sebati menggunakan hand mixer

Kemudian tambahkan:
3 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder ayak bersama tepung gandum

Sebatikan dan kukus lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Setelah siap dimasak dan disejukkan seketika, ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama kelapa parut bergaram.

Hehehe...walaupun saiz kuali ummie muat-muat je dengan kukusan nih, tapi hasilnya okey. Ummie tak ada kuali besar. Tupperchef tupperware ni kira yang paling besarlah dalam stok gadget dapur ummie.

Satu adunan di atas tu menghasilkan 20 pcs (saiz agak besar). Kalau guna cup lebih kecil boleh jadi lebih kurang 30 pcs kut.



Sila jamu selera yer. Selamat mencuba.






Monday, May 28, 2012

Sotong Celup Tepung

Sotong celup tepung antara menu yang diminati ummie sekeluarga. Cuma selalunya bila digoreng selalu tepungnya tak begitu melekat malah lemau setelah sejuk. Beberapa hari lalu ummie ada terbaca tentang cara hendak melekatkan tepung dengan sotong dan sekaligus merangupkannya. Menurut sumber tersebut (kalau tak silap, majalah) kita perlu campurkan sedikit tepung kentang ke dalam adunan batter.

Jadi kali ini ummie try n error untuk menggoreng sotong. Sotong perlu dicelur dahulu untuk mengurangkan airnya dan merangupkan gorengannya nanti. Selain celur boleh juga kita goreng tanpa minyak sekejap atau kukus supaya ia separuh masak.

Anggaran adunan batter untuk sekilo sotong:

60gm tepung gandum
80gm tepung beras
60gm tepung kentang
1/2 sdt serbuk kari
1/2 sdt serbuk kunyit
garam dan air secukupnya
sebiji telur (asingkan putih dan kuning)
telur putih dipukul hingga kental (meringue) atau boleh juga masukkan saja sebiji sekaligus

Satukan semua bahan kecuali telur putih yang perlu dipukul asing. Dah siap campuran, kaupbalik meringue ke dalam adunan. Celup sotong dan goreng dalam minyak terendam supaya sotong masak rata. Insyallah hasilnya lebih baik dan rangup. Enak dinikmati dengan sos cili atau sos buatan sendiri seperti sos keropok lekor Terengganu. Cubalah.

Apam Beras Lagi.

Erm, entah kenapa rasa tak puas pulak menikmati apam bakar tempoh hari. Mungkin sebab belum 'terkena' dengan resepi sebenar arwah bonda. Ummie bawa sikit ke sekolah untuk kengkawan. Bila sorang adik kelate cakap, orang tua biasanya tambah sikit serbuk lada hitam barulah ummie teringat resepi sebenar yang selalu dimakan kecik2 dulu.

Jadi, kali ini ummie tambah sesudu teh serbuk lada hitam ke dalam adunan sama seperti adunan di bawah, setangkai (tiga bungkus tapai pulut daun getah) dan sedikit air lagi. Bagi lebih cair dan alhamdulillah hasilnya lebih gebu dan naik. Kali ni ummie makan dengan kelapa. Sangat nostalgia... Cubalah.

Tuesday, May 1, 2012

Apam Beras ala Bonda

Lama tak makan apam bakar macam arwah bonda buat masa kecik2 dulu. Erm, dulu masa bujang tak cakna sangat bab2 masak, maklum anak bongsu. Tau2 balik sekolah dah siap makanan kat meja, kalau kat dapur pun sekadar menolong. Sejujurnya, start ummie dah bertunang 20 tahun dulu barulah aktif di dapur untuk mencuba pelbagai masakan walaupun arwah bonda tu seorang chef kat kampung. mahir masak memasak apatah lagi kuih2 tradisi.

Jadi, sekarang kenalah buat sendiri sebarang menu tatkala teringin. Resepinya ummie agak2 aje, tapi alhamdulillah menjadi dan baunya hampir seperti masakan bonda. Cuma bezanya dulu bonda guna beras yang dikisar. Lebih harumlah maksudnya.

Resepi ni menggunakan 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum, 5 camca besar gula kastor, 1 camca teh yis kering dan 450 ml air biasa. Kalau nak makan dengan kuah kari, boleh tambah sedikit garam dan kurangkan gula ke 2 camca sahaja.

Caranya tak susah, cuma satukan semua bahan dan kacau atau pukul sebati. Pastu ummie biarkan semalaman dlm peti ais supaya adunan naik. Bangun pagi2 dah boleh bakar dlm kuali. Bakar api perlahan saja. Ummie guna non stick pan saiz 4 cm. Dapatlah 5 pcs. Masa bakar tu, tutup kuali tu dengan tutup periuk.

Bila dah berlubang2 macam ni, bolehlah dibalikkan supaya masak kedua2 belah. Tak balik pun tak apa sbb sebenarnya apam dah masak cuma kalernya putih gitu jelah.



Dah dibalikkan, tutup semula sekejap saja jangan sampai hangus.




Inilah hasilnya. Gebukan. Ini yang buat ummie terkenang arwah bonda.




Hummm...dah siap masak, makan bersama kuah kari. Kenyang sarapan ummie sekeluarga hari ini. Selamat mencuba.



Sunday, April 29, 2012

Roti Rye dan Roti Berempah

Sejak mood masuk dapur dah mula kembali nih, hati rasa makin seronok pulak. Maklum, hasil tangan dah kembali menjadi kesukaan anak2 dan suami...erm, dah agak lama asyik membeli makanan di luar, akhirnya boleh lapangkan banyak masa untuk ke dapur. Puas tengok anak2 dan suami makan dengan selera sekali.

Petang tadi sempat try masak roti rye dan roti berempah... sedap juga roti-roti ni, harum baunya ketika masih dalam oven lagi. Cicah pulak dengan kari daging...so yummy...

Inilah roti berempah yang sempat dimasak dan dibawa sebagai buah tangan ke rumah nenek sempena mesyuarat keluarga. Seronok betul bila nampak ia habis dimakan sedara mara di sana.


Ini pula, roti rye. Roti rye ni jadi dinner kami malam nih. Selera naik jadinya bila dicicah dengan kari daging tengah hari tadi. Alhamdulillah...


Tuesday, April 24, 2012

Home made waffle

Erm, setelah lama mencari, akhirnya saya temui idaman hati. Sebuah waffle maker / multi snacker yang saya minati. Dengannya, saya dapatlah memenuhi permintaan anak-anak yang amat suka makan waffle. Sudah beberapa resepinya saya cuba. Maklumlah, dalam buku manual ada disediakan 7 resepi, manakala dari internet pula ada 4. Wah, puaslah anak-anak kali ini.

Wednesday, March 14, 2012

Mixer

Ini adalah mixer idaman saya sejak sekian lama...lama betul saya survey di internet di mana saya boleh mendapatkan mixer ni. Pelbagai pandangan saya baca tentangnya yang ditulis oleh ramai pengguna dlm kalangan suri...Ada yang beli secara online, ada yang beli di bakery dan ada juga yang beli di outlet yang menjual produk jenama KitchenAid...pelbagai pendapat juga saya baca tentang kemampuan mixer ni...dan alhamdulillah, setelah memilikinya, saya dapati ia amat berbaloi. Saya boleh buat kek, roti, dll menu yang enak dan sentiasa menjadi setakat ni. Tak dinafikan, ia bukan penyebab utama masakan kita menjadi sebab faktor kemenjadian tu bergantung kepada pelbagai sebab musabab. Namun, dengan memilikinya, kita tak perlu beli lagi breadmaker yang juga boleh masak kek tu...


Ini pula hand mixer jenama Kenwood yang banyak berjasa kepada saya. masih baru dan cantik sebab jarang2 sangat saya masak kek dulu. Pakai ni pun ok sangat dan berbaloi jugak tapi untuk stand mixer saya lebih suka KitchenAid sebab ia heavy duty, lasak dengan penggunaan watt yang kecil.



Tuesday, March 13, 2012

Tat Telur

erm, lama tak masak tat telur ni...beli selalu tak leh tahan juga, satu dah rm 1.50...so, masak sendiri lebih baik dan puas hati...


nak buat tak susah...


bahan2 pastri:

400gm tepung gandum

200gm mentega

50gm susu tepung

100gm gula icing

1 bj telur....campur smua bahan dan uli, pastu rehatkan doh anggaran sejam...



bahan inti telur:

5 bj telur

200gm gula pasir

1/2 cawan susu cair

1 1/2 cawan air


....masak gula bsama air hingga larut...biarkan sementara telur dipukul sampai sebati. Campurkan air gula sikit2...dn masukkan susu...kemudian tapis sebelum dimasukkan ke dlm doh yang telah siap dimasukkan ke dlm acuan...bakar lebih kurang 25 minit suhu 200 C...selamat mencuba..

Monday, March 12, 2012

Kek Carrot Acuan Silikon




Kek carrot dibakar menggunakan acuan silikon, berbunga2 dan tak rosak walaupun dikeluarkan ketika masih hangat...

Koleksi Acuan Silikon 2

Acuan-acuan ni saya beli kat Bangi...harga antara rm15 ke rm17 sahaja...hummm, kalau tengok blogger2 lain masa saya survey acuan silikon nih, ada yang cecah rm 60 -70 untuk satu acuan yang sama. Rezeki saya, jumpa koleksi pelbagai bentuk acuan yang cantik2 dengan harga lebih murah sebab bakery tu beli borong kan? Kalau beli online, tukar ke ringgit Malaysia, dah tentu berganda2 harganya.



Yang ini paling mudah nak keluarkan keknya, mungkin sebab bentuknya yang lurus tu...


Yang dua ni, belum pernah guna lagi. Baru beli, tak sabar nak cuba tapi masih belum berkesempatan ke dapur dek kerana sibuk sejak mula masuk kerja...



Koleksi Acuan Silikon

Entah kenapa saya amat menggilai gejet dapur yang pelbagai, tapi yang sebetulnya, ia memudahkan kehidupan...ini antara gejet yang menjadi koleksi saya. Saya tak memiliki banyak acuan kek atau biskut seperti mana ibu-ibu lain yang suka memasak. Saya cuma menyimpan acuan yang cantik pada pandangan mata saya sahaja dan sebelum ini semuanya kaca sama ada pyrex atau borcam dan arcopal. Namun, sekarang agak popular acuan silikon nih. Pertama kali saya beli acuan silikon tupperware yang kaler merah bawah sekali tu. Apabila mencuba membakar kek buat kali pertama, saya akui ia sangat2 mudah diguna, tahan panas (tupperware tu tahan sampai 185 C sahaja...tapi yang dua kat atas dan bawah ni tahan sampai 220 C.


Paling penting, senang simpan, jimat ruang, nak bakar kek tak perlu alas mentega atau yang seumpamanya sebab ia tak melekat. yang sedapnya juga, selalu anak2 memang tak sabar nak merasa kek atau kuih muih yang masih dlm oven tu...jadi bila masak saja, tak perlu nak tunggu sejuk, boleh terus keluarkan dari acuan dan potong untuk dinikmati...


Erm...kalau beli online dari oversea memang mahal kan? Tapi alhamdulillah, saya yang menunggu koleksi terbaru tupperware (kalau2 ada lagi acuan silikon) terjumpa bakery yang menjual acuan2 ini di Bangi...kebetulan kedai yang baru dibuka...masa saya masuk kedai tu, masih dalam penyusunan...erm, dah jumpa ni, teruslah saya beli beberapa biji...sebelum ni telan air liur tengok acuan2 cantik kat internet, dan kini ia sudah ada dalam simpanan saya...

PAI COKLAT


Bahan pastri:
250gm tepung gandum
1 camb gula kastor
... 125 gm mentega
1 bj telur
2 camb susu segar
sedikit garam
...pukul mentega n gula kastor diikuti tepung dn telur
...gaul sebati hingga mjadi doh
...rehatkan doh satu jam
...canai doh setebal 1/8cm dn alaskan tin pie dgn majerin cair
...cucuk pmukaan doh dgn garfu
...bakar doh separuh msk 10-15 min suhu 200djh

bahan inti:
2 bj telur
150gm gula kastor (sy guna 100gm shj)
130 gm gula perang (sy guna 100gm shj)...manis sgt dua2 nih karang
1 camt esen vanilla
250 gm mentega dicairkan...
150gm tepung gandum
130 gm coklat chips atau coklat parut
130 gm walnut
...pukul telur, gula perang, gula kastor dn esen hingga kembang
...masukkn mentega cair diikuti tepung
...masukkan coklat chip dan walnut...simpan sikit utk hiasan
...kacau adunan sebati
...tuang ke dlm kulit pai
...bakar suhu 200 selama 25-30 min (jgn terlebih bakar, x sdp
...tabur dgn coklat chip dn walnut sebelum hidang

...pai ni sdp, garing di luar dn lembut di dlm...bdk2 asyik melayan coklat dn walnut tuh.

Pai Kastard Buah Buahan





Bahan Pastri:
250gm tepung gandum
125gm mentega
... 1 biji telur
1 camb gula kastor
2 camb susu segar
Sedikit garam
…Pukul telur n gula …masukkan tepung n telur n susu…pukul…atau gaul sampai jadi doh…rehatkan doh satu jam..
…Canai doh 1/8 inci tebal dn alaskn tin pie dgn majerin cair…(saya x alas sbb tgok doh dh cukup licin krn sya guna soft majerin yg elok utk kesihatan…cucuk2 doh dgn garfu…bakar separuh msk 10-15 min suhu 200djh C.

Bahan Kastard:
2 biji telur
50gm gula kastor
30gm tepung kastard
250gm susu segar
½ camt esen vanila
Sedikit garam
1 tin buah pic
2 bj strawberi
5 bj ceri hitam dn merah
…Panaskan susu segar, api sederhana, dn masukkan tepung kastard. Sentiasa kacau supaya tdk berketul. Masukkan telur, gula,garam n esen. Kacau sampai likat. Dah likat biarkan sejuk..n kemudian isi dlm doh pie..susun buah pic dn bakar suhu 200djh C selama 25-30 minit. Dah masak, glis buah pic dgn mentega…hias dgn buah ceri n strawberi…

MINI KEK CARROT


Koleksi terbaru silicone mould saya...sangat suka guna acuan nih...senang simpan, mudah guna dan tak melekat...


...puas hati bakar kek mini guna silicone mould...boleh kluarkn cepat dn mkn mse masih hangat...guna resepi sme mcm kek carrot...wangi serbuk buah pala dan kayu manis serta rangup dgn walnut...bentuk pun cantik menawan...

Bahan-bahan ( 15 kek mini )

• 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)

... • 4 biji telur

• 1 cawan minyak sayuran

• 1 1/2 cawan gula putih

• 2 cawan tepung

• 1 sudu teh soda bikarbonat

• 1 1/2 sudu teh baking powder

• 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis

• 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)

• 1 sudu teh vanilla

• 1/2 sudu teh garam

• 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

1. Panaskan oven 185 C.

2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.

3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati

5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam acuan...bakar lebih kurang 20 minit...

KEK PLUM CARAMEL


Saya cuba resepi Chef Ina Garten dlm rncgn Barefoot Contessa kat Astro Lifestyle HD…wpun x jelas sukatannya, tp alhmdllah menjadi dan sdp rasanya…buat kali pertama suami betul2 mkn kek ni dan ckp sdp…selalu dia mkn je n no komen

Bahan:

6 bj plum

½ cwn gula jadikan gula hangus

6 camb butter*

... ¾ cwn gula*

2 telur ayam gred A*

1 camb kulit lemon parut

1 camt vanilla esen

1 cwn krim masam

1 cwn tpg kek + 1 camt garam

1 camb baking powder

Cara2:

-Plum belah 2 dn susun dlm acuan bulat…sy guna kaca 20cm, dan tuangkn gula hangus ke atasnya

-Putar bahan bertanda *. Kendian, masukkan bahan2 lain spt kite biasa wat kek tu…Pastu masukkan adunan ke dalam acuan. Bakar 30 minit suhu 250 djh…selamat mencuba

Cupcake Vanilla



25Og butter

200g gula

4 biji telur gred A

... 5Oml susu cair

280g tepung naik sendiri

2 st esen vanilla

Cara-caranya:

1. Putar butter dan gula hingga kembang gebu.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan memukul hingga

kembang.

3. Masukkan tepung,susu dan esen,kacau hingga sebati.

4. Sudukan dalam paper cup 3/4 penuh.

5. Bakar dengan suhu 180 darjah, api atas bawah

Cupcake Coklat

Erm...lama betul tak jenguk blog nih...dah makan tahun rasanya...maka, ada baiknya saya update kembali blog ni supaya tak mati begitu sahaja...dan entah kenapa, mood memasak yang kian menjadi jadi ni...elok rasanya kalau saya kongsi resepi masakan yang tak seberapa ni di sini...maklumlah,,,bukan pandai sangat masak nih...huhuhu...atas permintaan anak2, saya try masak cupcake idaman mereka...


~cupcake coklat

Bahan-bahan :

300g tepung kek
350g gula castor
... ½ cawan serbuk koko
1½ sdk soda bikarbonat
½ cawan butter
2 sdk esen vanilla
1 ½ cwn susu segar
2 biji telur

Cara-cara:
Panaskan oven 180C. Campurkan semua bahan (kecuali telur) dalam mgkuk mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 min. Tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2 min lg. Sudukan dlm acuan cupcake. Bakar selama ±20min atau hgga masak. 180 C...
Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka.
l