Thursday, June 7, 2012

Muffin jagung kukus aka apam jagung manis

Petang-petang begini seronok juga kalau dapat masak masak menu tradisional untuk minum petang sekeluarga. Dan buat kali pertamanya ummie mengukus secara tradisional menggunakan pengukus buluh chinese style. Wau, pengalaman pertama kali menggunakan pengukus ini amat menyenangkan kerana aroma kuih yang dikukus wangi sekali berbanding ketika menggunakan pengukus aluminium atau pengukus tupperware yang biasa ummie guna. Ia juga mengundang nostalgia sebab dulu-dulu bonda menggunakan pengukus buluh kalau nak mengukus pulut kuning atau pulut untuk pulut panggang. Aromanya membangkitkan kenangan silam.

Kali ini ummie sediakan menu apam jagung manis dalam tin dan dikukus di dalam acuan muffin untuk memudahkan kerja memasak. Tentunya, selepas memasak tak banyak bekas yang hendak dicuci.

Resepinya:
1 tin jagung manis
1/4 cawan gula kastor
6 bj telur
1 cwn majerin lembut (majerin biasa pun boleh)
1 sdt soda bikarbonat
1/4 cwn air
Campurkan semua dan adun sebati menggunakan hand mixer

Kemudian tambahkan:
3 cwn tepung gandum
1 sdt baking powder ayak bersama tepung gandum

Sebatikan dan kukus lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Setelah siap dimasak dan disejukkan seketika, ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama kelapa parut bergaram.

Hehehe...walaupun saiz kuali ummie muat-muat je dengan kukusan nih, tapi hasilnya okey. Ummie tak ada kuali besar. Tupperchef tupperware ni kira yang paling besarlah dalam stok gadget dapur ummie.

Satu adunan di atas tu menghasilkan 20 pcs (saiz agak besar). Kalau guna cup lebih kecil boleh jadi lebih kurang 30 pcs kut.



Sila jamu selera yer. Selamat mencuba.






2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    wah sungguh menyelerakan muffin jagung kukus tuh, kuih traditional yang nampak moden ! Kukus tu sangat rare, beli dimana ya kukus tu?

    ReplyDelete
  2. Kukus tu ada kat kedai household di Banting..ada pelbagai saiz Dan bole pilih nak berapa tingkat

    ReplyDelete