Wednesday, May 1, 2013

Kek Mentega Keju

Pagi-pagi ni sempat masak kek mentega keju ni. Ye lah, sempena cuti Hari Pekerja bolehlah masak sikit. Takkan nak tidur saja kan. Hehehe, kerja laundry n cooking pun tak habis-habis. Kalau bertangguh alamatlah. 

Bahan-bahannya:-

170g mentega
125g krim keju
200g gula kastor
5 biji telur diasingkan putih dan kuning
210g tepung naik sendiri
1 sdt esen vanilla
1/8 sdt serbuk tartar

Cara membuatnya:-

1.   Pukul putih telur bersama serbuk tartar hingga menjadi meringue dan ketepikan.

2.   Pukul mentega, krim keju dan gula castor dalam mangku adunan.

3.   Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

4.   Masukkan tepung dan gaul rata.

5.   Masukkan meringue dan kaup balik hingga sekata.

6.  Tuang dalam acuan. Saya guna acuan silikon Tupperware. Bakar dalam ketuhar 150C selama 1 jam atau hingga masak. 



Kalau diuji kek belum masak, tapi atas mula nak hangus, tutup dengan aluminium foil longgar2 er. Nanti kek masak cantik tak hangus atas.

No comments:

Post a Comment