Wednesday, May 1, 2013

Cupcake Coklat dan Buah Campur

Ini cupcake coklat biasa...agak lembab dan mudah disediakan

Bahan-bahan:

1 3/4 cawan tepung superfine*
1/4 cawan serbuk coklat*
1/2 cawan gula perang*
1 camb baking powder*
1/4 camt garam*
2 biji telur gred A
2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak bunga matahari/canola
1 camt choc emulco

Cara membuatnya;

1.   Satukan semua bahan kering*  ke dlm mangkuk adunan, kacau rata biar semua muai.

2.   Masukkan telur dan gaul.

3.   Masukkan susu, choc emulco dan minyak. Kacau sebati guna whisk belon.

4.   Masukkan adunan ke dlm cup dan bakar pd suhu 200C sehingga masak. (Oven perlu dipanaskn sekurang2nya 15 minit lebih awal iaitu sebelum mengadun.



Si cantik manis kat bawah ni biasa saya guna untuk kaup adunan ke dlm cup. Lembut sbb materialnya silikon. Dibeli di Kitchen Shop Empire Gallery...RM39.90 kalau x silap sbb dlmnya ada stainless steel...



Gambar2 kat bawah pula adalah  cupcake buah kering. Resepinya sama dengan resepi cupcake halwa pala sagat. Cuma tukar buah sahaja.




Erm, nampakkan buah kat dalamnya, sbb saya bubuh agak banyak. So yummy...


Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment