Tuesday, May 1, 2012

Apam Beras ala Bonda

Lama tak makan apam bakar macam arwah bonda buat masa kecik2 dulu. Erm, dulu masa bujang tak cakna sangat bab2 masak, maklum anak bongsu. Tau2 balik sekolah dah siap makanan kat meja, kalau kat dapur pun sekadar menolong. Sejujurnya, start ummie dah bertunang 20 tahun dulu barulah aktif di dapur untuk mencuba pelbagai masakan walaupun arwah bonda tu seorang chef kat kampung. mahir masak memasak apatah lagi kuih2 tradisi.

Jadi, sekarang kenalah buat sendiri sebarang menu tatkala teringin. Resepinya ummie agak2 aje, tapi alhamdulillah menjadi dan baunya hampir seperti masakan bonda. Cuma bezanya dulu bonda guna beras yang dikisar. Lebih harumlah maksudnya.

Resepi ni menggunakan 2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum, 5 camca besar gula kastor, 1 camca teh yis kering dan 450 ml air biasa. Kalau nak makan dengan kuah kari, boleh tambah sedikit garam dan kurangkan gula ke 2 camca sahaja.

Caranya tak susah, cuma satukan semua bahan dan kacau atau pukul sebati. Pastu ummie biarkan semalaman dlm peti ais supaya adunan naik. Bangun pagi2 dah boleh bakar dlm kuali. Bakar api perlahan saja. Ummie guna non stick pan saiz 4 cm. Dapatlah 5 pcs. Masa bakar tu, tutup kuali tu dengan tutup periuk.

Bila dah berlubang2 macam ni, bolehlah dibalikkan supaya masak kedua2 belah. Tak balik pun tak apa sbb sebenarnya apam dah masak cuma kalernya putih gitu jelah.



Dah dibalikkan, tutup semula sekejap saja jangan sampai hangus.




Inilah hasilnya. Gebukan. Ini yang buat ummie terkenang arwah bonda.




Hummm...dah siap masak, makan bersama kuah kari. Kenyang sarapan ummie sekeluarga hari ini. Selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment