Wednesday, August 6, 2014

Apam aka Kek Pisang Gula Hangus

Resepi : Alongroz dan MaDiHaA aka Ratna

BAHAN2: 

½ cwn Gula pasir
1 cwn Susu Cair Evaporated
3 sb Butter
3 bj Telur
1 cwn Gula Kastor ( guna 2/3 cawan saja jika nak kurang manis)
1½ cwn Pisang Lecek
2 cwn Tepung Gandum*
1 st Baking Powder*
1 st Bic Soda*
1/4 st Garam* (* ayakkan sekali)

CARA2:
1. Cairkan gula dgn api kecil menjadi gula hangus & masukkan susu sehingga menggelegak.  Tutup api & campurkan mentega.  Sejukkan.
2. Pukul telur & gula kastor sehingga kembang.  Masukkan pisang & gaul rata.  Masukkan tepung* & gaul sebati.
3. Tuangkan ke dlm tin yg di minyakkan.  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


Saya masak dua versi, satu guna loyang dan satu guna acuan apam. Alhamdulillah sangat gebu dan enak. Terima kasih kepada pemilik resepi iaitu Alongroz.


Yang ini saya guna 2 sukatan. Jadi dapat apam besar cukup untuk kawan2 yang ramai di sekolah dan di pejabat. Silalah cuba. Puas hati.



No comments:

Post a Comment