Thursday, August 7, 2014

KEK LUMUT



Teruja tengok resepi2 di blog2 blogger yang dah mantap. Teringin juga nak cuba. Dan, hasilnya sangat mengujakan. Suka tengok anak2 dan kawan2 makan. Alhamdulillah. Loyang 8" x 8" tapi saya guna loyang cantik ni.

Sumber : DayangJack@Dapurku Sayang

Bahan-bahan:
  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi 
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus)
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh) - saya guna yang dibeli di 2Ply
  • 1 cawan susu pekat manis


Cara-cara:

- Sediakan pengukus. Didihkan air. Gris loyang dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Boleh aas loyang dengan kertas minyak jika suka. Tapi saya tak alas la sebab guna loyang ni.

- Pukul mentega, gula halus dan esen vanilla hingga kembang berkrim. Guna kelajuaan maksima.
Masukkan telur sebiji dan putar. Ulang hingga telur habis.

- Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati.

- Masukkan tepung selang seli horlicks, serbuk almond dan nestum. Putar lagi hingga sebati.

- Tuang ke dlm loyang. Tutup dengan aluminium foil yang disapu  sedikit butter supaya kertas tak melekat pada foil.

- Kukus 4 jam. Tambah air jika mengering.

- Sejukkan seketika selepas masak. Potong untuk hidangan.


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment