Thursday, December 3, 2015

Ayam Masak Kicap Sedap dan Periuk Ayan



Ayam Masak Kicap

Bahan2:

1 ekor ayam dipotong 20, perap dengan garam kunyit dan goreng hingga masak
2 biji kentang dipotong wedges dan goreng hingga empuk
2 biji tomato dibelah 4
1 labu bawang besar dipotong bulat
2 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia dihiris nipis
2 batang serai dititik
4 tangkai cili kering dipotong
1 biji lada benggala dipotong persegi
1 cawan kicap manis
2 sdb kicap masin
Kacang panjang (optional)
Minyak untuk menumis

Penyediaan:

Panaskan minyak masak
Tumis bawang cili serai halia
Masukkan ayam dan goreng sekejap sambil digaul
Masukkan kicap dan didihkan sekejap
Boleh tambah air jika kuah banyak...saya suka tanpa tambahan air
Masukkan lada benggala, tomato dan kentang
Sedia dihidang dengan taburan bawang goreng



Sedikit kisah periuk ayan...cantik kan periuk ayan baru nih. Kebetulan sebuah household kat  rumah saya sedang buat renovation kerana telah dimasuki air dalam banjir kilat tahun lepas. Selalunya tak pernah pula air masuk ke dalam kedai. Kali ini tauke kedai bimbang dengan fenomena banjir tak dijangka. Barang2 lama disusun di hadapan kedai dengan harga diskaun. Kebetulan satu biji ini aje ada. Saya beli lah sebagai kenangan sebagaimana koleksi arwah emak dahulu. Walaupun saiz agak kecil tapi muat elok satu ekor ayam di dalamnya. Saya intai juga di kedai2 lain tapi tiada lagi periuk sebegini. Yang ada hanya pinggan2 sahaja.

No comments:

Post a Comment