Saturday, December 5, 2015

Serabai Kuah Durian Yang Sangat Enak

Serabai...menu klasik...nostalgia sangat. Makan ketika kecil2 dulu kalau ikut arwah bonda ke Pasar Payang. Kalau tak...tak ada ler... Bonda kalau masak bubur durian pun selalu makan dengan pulut tanak atau pulut kukus. Sedap... Terjumpa resepi ni kat blog Resepi Raidah. Terima kasih tuan punye resepi kerana share resepi yang mengundang nostalgia ini. Dah banyak kali saya masak serabai. Apatah lagi sejak ada nonstick pan khusus utk buat telur mata...sesuai utk masak serabai. Saiznya sama dan senang nak kendali...sebab tak melekat. Kuali vantage ni saya beli di Langkawi awal tahun lepas. Sekali naik kuali dapat 7 keping.


Serabai kat atas tu guna kuali nonstick vantage. Yang gambar bawah pula, acuan lama. Aluminium. Ada banyak dijual di kedai2 perkakas rumah. Sekali naik kuali dapat 4 keping. Jadi, yang nonstick tu lebih jimat masa dan tenaga. Nak balik2kan pun senang.



Bahan2 serabai:

500gm tepung beras
300gm nasi dikisar bersama sedikit air hingga lumat
1 liter santan suam (masak kejap je atas api hingga suam, tak perlu mendidih)
1 1/2 sdt yis atau baking soda (saya suka guna yis)
Secubit garam

Penyediaan:

Campurkan yis dengan santan suam dan kacau sebati
Campurkan kesemua bahan hingga larut (kecairan sama seperti bancuhan kuih cara)
Perap 2 jam
Panaskan pan
Masukkan bancuhan 2/3 acuan
Balik2kan dan masak hingga garing



Serawa durian / Kuah Durian

2 tray kecil isi durian (boleh agak nak banyak atau sikit)
500ml santan
1 cawan gula perang lembut (saya suka guna manisan aka gula tapak made in Terengganu)
Secubit garam
2 helai daun  pandan disiat dan disimpul

Penyediaan:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk
Kacau selalu hingga masak
Boleh sesuaikan kepekatan dengan menambah ir masak panas jika perlu
Boleh dihidang dengan serabai yang telah siap dimasak...


1 comment:

  1. Assalamualaikum, kak tun nak tanya,kuali nonstick vantage tu brand apa,ya.boleh ke dapat selain di langkawi.terima kasih

    ReplyDelete