Alhamdulillah...malam ini masak ringkas aje atas permintaan anak bujang yang gemar sangat makan ayam masak merah. Namun, oleh kerana stok ayam dah habis, alhamdulillah, dimintanya daging masak merah. Masak merah saya kalau untuk daging ringkas aje. Tapi anak2 memang suka dan akan menambah nasi serta meratah lauk kalau saya masak menu ini.
Bahan-Bahan:
1 kg daging lembu tempatan dipotong nipis
6 ulas bawang merah*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 senduk sedang cili kisar (boleh kurangkan atau lebihkan utk sesuaikan kepedasan)
1 sudu teh pes asam jawa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Perasa (optional)
1 mangkuk air
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
Kisar lumat bahan bertanda *
Tumis bahan kisar hingga wangi
Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak
Masukkan daging dan gaul rata
Masak hingga mendidih
Tambah semangkuk air
Masak hingga kuah pekat dan daging empuk
Masukkan pes asam jawa
Perisakan garam, gula dan perasa
Masakan ini perlu manis sedikit...baru kaw...tapi jgn berlebihan gula pula....nanti tak pasal2 mengundang penyakit...heee
Pes asam jawa boleh saja diganti dengan air asam jawa atau asam keping...ikut apa stok yang ada di rumah...
Sedikit kisah piring lauk dalam ini...kira jenis antik dan klasik...saya beli sewaktu baru berpindah ke sini, 11 tahun yang lalu. Yelah, waktu itu anak2 masih kecil...perbelanjaan tinggi...duit keluar melebihi duit masuk kut...heh heh... ini ajelah yang boleh dibeli untuk buat kenduri masuk rumah baru...tambahan pinggan mangkuk yang sedikit yang ada dalam koleksi saya...huhu
Kemas2 kabinet...nampak piring ini elok berbungkus kertas dalam kotak kecil...saya pun ingat2 lupa akan koleksi ini...Setelah dibasuh, masih sangat elok, cantik berkilau...bolehlah gilir2 guna berselang dengan set yang lain. Lagi pula ianya dapat mengimbau nostalgia ketika kecil di rumah arwah atok...dengan sepupu2 saya...rindu!
No comments:
Post a Comment