Friday, December 4, 2015

Ceritera Set Tembikar Klasik Kesayangan


Ilham nak menulis tentang beberapa set tembikar ini juga akibat pembacaan dan penjelajahan ke blog2 peminat barangan antik. Saya tak simpan pelbagai barangan antik2 sebegini. Sekadar beberapa biji yang mana saya beli bukan sebab untuk simpanan atau koleksi.,. Sekadar beli untuk guna gilir2 sebab cantik. Kejadian duk beli2 ni dah lama sangat...lebih 10 tahun kut...lupa dah tarikh sebenar. Tapi kalau saya singgah beberapa kedai lama kat sini, masih ada bbrp biji teko ni...


Set teh 3 beradik ini lengkap dengan penapis. Cuma yang paling besar tu, ntah ke mana la penapisnya. Gamaknya dah hilang sebab ada kalanya, barang dapur saya ni jadi mainan anak2 ketika kecil dahulu. Alhamdulillah belum rosak. Masih elok seperti baru.




Teko print gambar ayam dan bunga ros ni..betul ke bunga ros? Heheheh.. Ada sebiji sahaja. Suka2 beli sebab saya suka gilir2 guna waktu minum petang. nampak klasik.


Teko ni kosong takde print. Sompek sikit kat bibir atas. Terhantuk muncung paip waktu basuh. Hahaha...boleh lak terhantuk. La ni saya selalu guna waktu nak buat tauge sendiri. Tauge home made.
Buat2 suka2...isi masa lapang sebagai terapi.



Set cawan kopitiam ini saya simpan sedozen aje. Gambar flora yang masih elok tiada kecacatan. Kadang2 guna time ada tamu atau minum petang. Klasik dan antik. Warna materialnya putih bersih. Saya padankan dengan teko putih kosong kat atas tu dulu2...La ni kadang2 padankan dengan teko aluminium. Alhamdulillah...bolehlah ditinggalkan untuk anak2 suatu hari nanti...

Ada lapang nanti, esok2, bolehlah berceritera pasal pinggan2 besar lama pula. In shaa Allah.

1 comment:

  1. salam cik.. saya ada 1 teko lama gambar ayam untuk dijual.. kalau cik berminat.. cik bole emel sy.. tq

    ReplyDelete