Saturday, December 5, 2015
Sayur Campur Goreng Ringkas
Kadang2, tak banyak bahan yang ada di rumah. Tapi, nak makan nasi dengan lauk sahaja tak kena. Wajib ada sayur. Jadi kalau sayur yang tak ada tak seberapa...apa nak buat. Hummmm...nak buat apa? Masak saja lah kan? Heee... Macam kejadian hari ini, sayur yang ada kat rumah setakat cendawan, capsicum, carrot dan bunga kobis...jadi, itulah saja yang saya masak...campur2...
Bahan2:
1 labu bawang besar dipotong kiub besar2
2 ulas bawang putih dimayang halus
1 peket cendawan tiram disiat2
1/2 ketul bunga kobis dipotong2
1 biji capsicum dipotong kiub besar2
1/2 batang lobak merah dipotong panjang
1 kiub pati ayam
2 sdb sos tiram
Secubit garam
Sedikit minyak bijan
Penyediaan:
Tumis bawang hingga wangi
Masukkan capsicum dan kacau rata
Masukkan kiub pati ayam dengan sedikit air
Kacau rata
Masukkan sayur2an
Kacau rata
Perisakan garam
Tarraaaa...siap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment