Tuesday, December 1, 2015

Mi Goreng Mamak



Mi Goreng Mamak...hummm...kebetulan stok ayam tandoori masih ada berbaki...mi kuning buatan kampung pun ada...saya masak mi mamak. Ini sebenarnya menu tertunda...baru sempat update blog untuk menulis menu ini. Cara saya mudah, main anggar dan campak2...

Bahan22:

1 peket mi kuning 450gm
1 senduk cili kisar
3 biji cili api diketuk
3 ketul ayam tandoori dipotong2
1 cawan udang basah buang kulit
2 keping tauhu digoreng dan didadu
2 ulas bawang putih
2 biji telur
2 batang sayur sawi
1 cawan kobis cincang
1 tangkai daun bawang
1 genggam tauge
1 biji tomato dipotong 8
2 sdb kicap manis
1 sdb sos tiram
1 sdb sos tomato
1 sdb sos cili
Sedikit bawang goreng
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:

Tumis bawang putih dan cili kisar
Masukkan cili api
Masukkan ayam dan udang, kacau rata
Masukkan mi dan gaul rata
Masukkan sayur2sayuran, kacau lagi
Pecahkan telur dan masukkan ke tepi kuali
Kacau mi biar bergaul dengan telur
Masukkan tauhu goreng, kacau
Masukkan semua sos dan gaul sebati
Rasa masam manis dan masinnya
Tak perlu bubuh garam kerana semua sos menjadikan mi masin
Sedia dihidang denga potongan limau nipis/kasturi



No comments:

Post a Comment