Nasi Jagung :
Bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan2 lain:
4 cawan beras basmathi dicuci dan toskan
1 tin jagung tin adabi
1 tin susu cair
1 kiub pati ayam
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 cm halia dimayang
3 sdb minyak sapi
2 helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Penyediaan:
Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik
Masukkan bahan tumis, bawang, halia dan daun pandan
Tumis hingga wangi
Masukkan beras dan kacau sekejap
Masukkan semua bahan lain
Masukkan susu dan air secukupnya
Tanak nasi hingga masak
Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama gulai ayam atau daging, atau ayam masak merah bersama acar rampai dan sambal belacan (stail Terengganu)
Alhamdulillah, enak sekali.
Gulai Nasi Minyak
Sumber : Rempah Tok Ma
Bahan2:
1 kg ayam atau daging
25gm rempah gulai nasi minyak Terengganu
2 biji ubi kentang
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
30gm bawang goreng
2 sbd kerisik
1 helai daun pandan
Seketul gula melaka
Garam secukup rasa
2 sdb minyak sapi
1/4 cawan minyak masak
2 cawan air
2 sdb cili kisar
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Penyediaan:
Campur bawang goreng,. kerisik,. sos tomato, susu cair, cili kisar, rempah gulai dan bahan kisar bersama ayam dan gaul sebati
Panaskan minyak sapi dan minyak masak
Masukkan campuran ayam dan rempah tadi bersama daun pandan
Masukkan air dan ubi kentang, perlahankan api
Masak hingga yam dan kentang empuk
Periskan garam gula dan perasa
Sedia dihidangkan
Acar Rampai
Sambal Belacan / Lada
No comments:
Post a Comment