Bahan2:
1 ekor ayam daging potong 20
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 sdb rempah kerutuk
3 sdb cili kisar
1/2 kg santan segar
2 sdb kerisik
2 batang serai dititik
1 keping asam gelugor
Seketul kecil gula melaka (secukupnya)
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
Bersihkan ayam dan gaul jus limau nipis bersama kulitnya sekali, perap seketika
Kisar lumat bahan bertanda *
Tumis bahan kisar bersama cili dan serai hingga wangi dan terbit minyak
Tambahkan rempah kerutuk ke dalam periuk dgn sedikit air dan kacau rata
Masukkan ayam dan gaul...didihkan kejap
Masukkan santan
Boleh tambah air jika mahu cair
Didihkan
Tambah kerisik, gula melaka dan asam keping
Didihkan hingga ayam empuk dan terbit minyak
Perisakan masin dan manisnya
Boleh guna perasa jika suka
Sedia dihidang dengan nasi panas atau nasi minyak
Kuah kali ini sedikit cair untuk dimakan bersama roti benggali malam nanti...Hummm. Sedap...
No comments:
Post a Comment