Kek pisang hidangan untuk 6 orang.
Sumber : Chef Hanieliza
Bahan2:
1 cawan pisang emas dilenyek
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bikarbonat
2 sdb susu tepung
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
3/4 cawan majerin dicairkan
Penyediaan:
Panaskan kukusan
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Masukkan susu tepung dan kacau rata
Mix telur ayam dengan gula kastor hingga gebu
Tambah pisang dan putar lagi
Masukkan bahan kisar/putar ke dalam mangkuk tepung
Masukkan majerin cair
Kacau sebati
Sapu majerin di sekeliling loyang dam tuang adunan
Kukus hingga masak guna api sederhana
Masa mengukus akan lebih pendek jika guna acuan kecil seperti yang masak di atas
Alhamdulillah
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment