Tuesday, November 3, 2015

Bebola Ikan Homemade simply sedap

Sumber : Norzailina Nordin (Buku Belajar Memasak 2)

Alhamdulillah...telah beberapa kali membuat bebola ikan sendiri namun baru kali ini lapang untuk post entry ini. Bebola ikan ini enak sekali dan tidak memerlukan banyak bahan.


Bahan-bahan :

300gm isi ikan (saya guna dorry fillet beli di Jaya Grocer)
60 - 80gm tepung ubi
2 sdb air ais
Garam secukup rasa
Air untuk merebus



Penyediaan :

1. Campur tepung ubi, garam dan dorry fillet atau apa2 isi ikan ke dalam pengisar (food processor)

2. Masukkan air ais dan kisar hingga lumat. Kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunting hujungnya. Lumurkan jari dengan tepung ubi dan picit adunan ke tangan dan ambil sikit adunan yang dipicit itu.

3. Bentukkan menjadi bebola yang sama saiz dan rebus dlm periuk berisi air mendidih. Apabila bebola timbul di permukaan, menandakan bebola telah masak. Angkat dan toskan. Buat sehingga habis.


Bebola ikan yang dihasilkan berkilat cantik dan agak pejal. Bolehlah digunakan dalam sebarang masakan dan sedap juga kalau dimakan begitu sahaja. Rasa seperti keropok lekor cuma warnanya putih.


Alhamdulillah. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment