Alhamdulillah...ada masanya buntu nak masak apa. Akhirnya teringat pulak pada ikan siakap yang masih berbaki dalam simpanan. Hummm...asyik2 masak sweet sour...kan ke stim pun sedap...kan...jadi hari ini saya kongsi cara saya suka mengukus siakap...kalau kaka saya pula lebih suka kalau semua bahan tu ditumbuk halus, saya pula suka hiris sahaja...
Bahan-bahan:
1 ekor siakap dicuci dan dikelar 3
2 inci halia...banyak atau terkurang tak jadi masalah
2 ulas bawang putih dimayang
10 biji cili padi dihiris nipis
1 biji lemon diambil jusnya
Satu biji limau nipis belah 2 dan perah ke atas ikan serta lumur pada ikan dlm pinggan bujur
2 sdb sos tiram
3 biji asam boi putih
Secubit garam
Sedikit perasa jika suka (tak buh takpe sebab dah ada sos tiram)
Sedikit daun bawang utk hiasan
Penyediaan :
1. Panaskan air kukusan.
2. Masukkan ikan dalam pinggan bujur dan lumur dengan sedikit garam dan limau nipis
3. Masukkan semua bahan cair ke dlm mangkuk kecil termasuk sedikit garam (jangan banyak2 karang masin sangat pulak ) dan gaul rata...kemudian tuang ke atas ikan
4. Tabur semua bahan hiris kecuali daun bawang ke atas ikan
5. Kukus sehingga masak...
6. Setelah masak, boleh tutup api dan tabur daun bawang...tutup kukusan sekejap lagi dlm 3 ke 5 minit...kemudian barulah dihidang panas2
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment