Tuesday, November 3, 2015

Kek Marble Trio

Sumber : Che Mat Gebu

Alhamdulillah. Terima kasih sangat pada CMG untuk resepi ini. Saya dah masak berkali2 dan ada ramai kawan yang menempah pun. Kawan2 saya juga suka dengan kek ini. Tiap kali saya masak kek ini, saya akan tukar2 warna dan perisa ikut kesukaan saya. Perisa yang disukai ramai setakat ini ialah coklat, vanilla dan keladi.


Setiap kali masak kek ini, saya akan gunakan acuan silikon kerana saya suka corak yang terhasil nanti. Okey, kita rujuk resepi yang saya ambil dr blog CMG. Terima kasih sekali lagi CMG. 

Bahan-bahan:

300gm mentega kualiti tinggi
280gm tepung superfine*
1 camt baking powder*
1 camb susu tepung* ( disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A
250gm gula kastor
1 camb ovelet
30gm gliserin
20gm air
1 camt esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
Sedikit pewarna ungu
1 camt emulco coklat
1 cam emulco keladi
Badam cincang secukupnya 



Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 170C. Spray acuan silikon dengan spray minyak dengan rata.
2. Putar mentega dengan kelajuan sederhana hingga putih. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar rata. Ketepikan.
3. Putar gula halus dan ovelet dalam mangkuk lain hingga sebati. Masukkan semua telur dan putar lagi pada kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu seperti adunan baulu.
4. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung dan mentega tadi sedikit2 hingga habis. masukkan gliserin dan vanila dan putar sebati.
5. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian ditambah emulco coklat, satu bahagian ditambah pewarna ungu dan emulco keladi dan satu bahagian lagi ditambah pewarna kuning telur.
6. Sendukkan adunan ke dalam loyang menggunakan senduk sama saiz dan berselang warna. Tabur badam cincang rata2 di atas adunan dan bakar hingga masak.



Bagi mendapatkan corak yang cantik beralun, bakar guna api bawah terlebih dahulu. 10 minit terakhir baru set api atas bawah.

Nah, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment