Tuesday, November 3, 2015

Kuey Teow Homemade

Entry seterusnya ini masih dalam kategori mi. Hummm...kuey teow? Tak pernah saya fikir bahawa suatu masa saya akan membuatnya sendiri. Heeee. Apapun, saya bersyukur kerana hobi mengumpul buku2 resipi membantu saya meneroka pelbagai menu yang mengujakan. Resipi ini saya dapat drp buku Belajar Memasak 2 (Norzailina Nordin ) juga. Alhamdulillah. Apa yang lebih membuat saya gembira ialah suami saya yang bukan penggemar kuey teow telah makan kuey teow goreng yang saya sediakan sendiri ini dengan berselera sekali. Malah, ada beberapa orang rakan sekerja saya juga yang memang tidak suka akan kuey teow, juga makan dengan berselera dan suka menikmatinya. Oh, terima kasih Allah atas ilmu pinjamanMu ini. Terima kasih juga kepada Chef Norzailina.

 Resipi kuey teow homemade:

350gm tepung gandum
150gm tepung beras
1 biji putih telur
200ml air
40gm tepung ubi
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air untuk merebus

Penyediaan.

Satukan tepung gandum, tepung beras, tepung ubi dan garam. Gaul rata.

Campur putih telur serta air dan gaul sebati.

Uli doh hingga menjadi licin dan lembut. Guna tangan aje.

Canai atas permukaan rata / meja kerja.

Gelek dengan mesin hingga menjadi nipis. Buat beberapa keping ye. Dah siap satu keping, sidai dulu pada penyidai (saya guna penyidai tuala kecil yang bersih) dan terus gelek yang lain pula.




Setelah betul2 nipis, gelek lagi menggunakan bahagian pemotong lebar pula. Sama macam saiz kuey teow tu. Kat bawah mesin tu, tabur dengan sedikit tepung ubi atau gandum untuk elak ia melekat. Kemudian masukkan kuey teow ke dalam air rebusan yang mendidih perlahan.

Kacau dengan penyepit dengan hati2 sbb ia lebih lembut berbanding mi kuning. Boleh campurkan sedikit minyak ke dalam air rebusan.

Apabila kuey teow timbu, angkat guna penapis dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air. Tuskan sekejap. Pastu masukkan dalam dulang atau apa2 bekas. Gaulkan dengan sedikit minyak...dan sedia digunakan.



Inilah rupa kuey teow homemade saya. Puas hati sangat masak sendiri. Alhamdulillah. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment