Monday, November 9, 2015

Daging Masak Cili


Waktu remaja saya, memandangkan saya anak bongsu, saya biasa makan nasi berlaukkan masakan abang2 saya...maklum...atas2 saya semua abang kecuali kakak seorang sahaja. Abang2 saya banyak jasa membesarkan kami yang adik nih. Maklum, ayahanda meninggal awal. Waktu ayahanda pergi, usia saya baru aje 3 tahun. Jadi, abanglah pengganti.

Satu masakan abang saya yang keempat ialah burung puyuh masak cili. Satu lagi ialah daging masak cili. saya sangat suka lauk ini. Waktu remaja dulu saya amat kagum dengan apa sahaja masakan abang2 terutama yang ini. Sedap gila...sampai sekarang kalau masak lauk nih, teringat kat abang. Alhamdulillah abang masih sihat walau sikit2 sakit sebab faktor umur. Terima kasih abang...

Saya sangka, banyak benar ke bahan2 nak masak nih...hehehe...tapi sebenarnya tidak...masak cili abang saya paling simple tapi sedapnya terasa sampai kini...

Bahan-bahan :

1 kg daging potong nipis
2 senduk cili kisar homemade (bergantung kepedasan yang disukai, nak kurangkan pun boleh)
10 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar atau campur dua2 separuh2 pun boleh...dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
Sedikit air asam jawa atau guna paste pun boleh (anggaran 1/3 sudu besar)
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Perasa jika suka
Bawang besar hiris (tambahan jika suka)
Air secukupnya

Penyediaan:

Tumis bawang kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan daging dan gaul sebati...tambahkan air anggaran satu mangkuk dan masak hingga daging empuk...kalau air kering dan daging masih belum empuk...ye lah, manalah tau kalau daging lembu tua kan...heee...boleh tambah air. Setelah daging empuk, masukkan semua bahan lain dan perisakan masam masinnya...tambahlah apa yang kurang mengikut selera. Kalau saya, suka manis sikit....Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment