Wednesday, November 11, 2015

Taman Terapi Segar Minda

Alhamdulillah. Selain memasak, saya selalu jadikan hobi berkebun di tepi rumah sebagai terapi tatkala ada waktu lapang. Maklum, kalau asyik duk menghadap lappy aje setelah bergelut dengan anak2 didik dan pensel kertas...mau naik tekanan darah. 

Jadi, jika ada masa terluang di hujung minggu atau petang aje pun sekurang2nya...saya akan membelek taman mini saya untuk berterapi. Alhamdulillah, si dia benarkan saya menanam sayur dan sedikit pokok bungaan dalam kawasan yang terkawal.


Antara tanaman saya kat atas tu ialah kailan, limau kasturi batik...kacang panjang renek, dan pokok bidara. Semuanya dalam pasu dan tayar.


Pokok cili ini pula, saya tanam daripada cili lebihan dalam peti ais yang dah mereput. Alhamdulillah, segar buahnya. Senanglah kalau setakat nak guna dua tiga biji aje. Tak perlu ke pasar atau ke kedai, petik aje dari laman.


Pokok belimbing buluh ini berbuah setelah hampir 6 bulan saya tanam. Dah beberapa kali dapat makan hasilnya. Walau tak banyak, tapi memadai untuk kami sekeluarga. Begitu juga dengan bendi. Seronok bila lihat tanaman membuahkan hasil.


Nenas ini saya beli buahnya di Econsave. Pada bahagian pangkal buah ada banyak tunas. Yang saya beli tu ada 6 tunas. Nenas ni amat manis sekali. Saya tak tahu apa namanya. Agaknya nenas madu. Tunas2 tu saya tanam sepanjang pagar dapur. Dan alhamdulillah semua dah berbuah. Kini dah generasi ketiga dah hasilnya. Seronok dan tak sangka semua yang saya tanam tu menghasilkan buah dan tunas baru yang banyak. Ada antara tunas2 tu saya bagi pada kawan sebab mereka pun berkenan dengan pokok nenas ini. Alhamdulillah. Semuanya rezeki. Dan rezeki biarlah berkembang. Tak gitu.
Ini pula pokok markisa benih siam. Saya beli di Pasar Tani Stadium Shah Alam tahun lepas. Dah 3 kali berbuah. Ini gambar bunga musim pertama. Sekarang pokok markisa saya sedang galak berbuah. Saya tanam dalam pasu besar  dan pokoknya mula memanjat pondok rehat kami. Saya biarkan saja. Lagi pula ia mendatangkan hasil untuk kami walau sekadar untuk makan2 sekeluarga. Cukuplah. Alhamdulillah. Tak rugi berbudi kepada tanah.

No comments:

Post a Comment