Tuesday, November 10, 2015

Nostalgia Asam dan Ubi

Ketika pulang ke Terengganu tempoh hari, saya sempat jenguk ke bahagian belakang Pasar Payang, tempat para penduduk kampung berhampiran menjaja hasil tani. Suatu ketika dahulu, arwah emak selalu menghantar hasil kampung ke situ. masih ada ramai penjaja ada di situ dengan jualan masing2...



Apa sahaja hasil kampung dijual mereka. Antaranya petai, kelapa, buah2 kampung seperti rambai dan duku...sayur2 kampung, ikan masin pelbagai jenis, manisan (gula melaka), ubi dan sebagainya. Ketika melalui tangga belakang, terserempak dengan seorang makcik menjual pelbagai jenis ubi. Ada juga asam gelugor yang disukat menggunakan cupak. Saya sempat beli secupak dengan harga rm10.00 tanpa menawar harga. Alahai, tak payahlah nak berkira sangat dengan mereka ye tak. Lagi pula teringat pulak kat arwah emak. Tapi mak cik tu baik pulak...siap tambah2 lagi beberapa jemput. Biasalah, jualan stail kampung. Takde berkira sangat pun. Dulu2, arwah emak buat sendiri je asam ni...lepas dihiris, dijemur berhari2 sampai kering...



Ubi ini, yang besar kat depan nih, hampir saya lupa namanya. Ubi besar kata makcik. Yang kecil2 dan kelihatan berakar kecil tu pula saya ingat. Ubi torok. Ubi2 nih dulu arwah emak tanam sendiri. jadi kami dapat makan tanpa mengira musim. kalau musim bah, musim hujan lagilah laku...makan dengan kopi panas. Pehhhhh. Sedap, sambil duk kat beranda.


Ubi torok pula ada dua...satu torok itik...bercabang2. satu lagi yang agak lurus saya lupa namanya...hahaha...adoi...itu baru 20 tahun tinggal negeri...hihihi...

 Ubi besar siap direbus. Sangka saya anak2 tak suka. Terkilan pulak sebab beli seketul 1kg...rupanya tak cukup. Berebut2 makan dia...Ye lah...tak boleh nak jangka kesukaan anak2 dengan menu nostalgia nih. Makanan ketika kita membesar zaman dahulu rupanya anak2 boleh terima...Lain kalilah ye, beli lagi. Lagi pulak...KL - KT bukan jauhpun dengan adanya LPT...5 jam dah jejak bandar...alhmdlh...

No comments:

Post a Comment