Sunday, November 15, 2015

Ceritera Nasi Minyak Terengganu dan Gulai Susu Projek Hari Kantin Sekolah

Alhamdulillah....syukur sekali kepada Allah kerana dapat dan berjaya menunaikan misi ini atas permintaan adik Bendahari PIBG sekolah saya yang sudah melamar supaya buka gerai nasi berlauk pada Hari Kantin sekolah tahun lepas. Waktu tu saya masih belum ada keyakinan tinggi untuk menyediakan masakan untuk jualan secara banyak2. Aduhai, manalah saya mampu nak masak untuk ratus2 orang...huhu

Alhamdulillah, kalau tahun2 sebelum saya suka jamu kawan yang seramai hampir 80 org tu dengan kek atau muffin aje...tapi tahun ni saya banyak jamu aneka nasi ikut kemampuan saya. Tak dapat makan banyak, rasa2 sikit pun jadilah. Alhamdlh, rezeki yang sedikit kalau dikongsi, cukup aje. Lagi pula lebih ramai guru perempuan daripada guru lelaki. Guru2 perempuan ni makan tak banyak. Jemput2 sikit2 aje dah kenyang.

Tahun ini, beberapa minggu sebelum kejadian Hari Kantin, adik Bendahari datang bisik2 minta persetujuan. Hahahaha...bolehlah, kata saya walau tak yakin 100%. Jadi ilmu yang sikit ada, saya tambah dengan banyak bertanya abang sulung saya yang walaupun uzur tapi amat mahir masak banyak2...apatah lagi anak sulung abangpun ada restoran walau dia seorang engineer dan abang biasa masak untuknya. Malah abang saya ni juga yang mana ketika sihatnya dulu kerap bantu suami apakala kami ada masalah chef di dewan makan asrama sekolah atau di cafe. Terima kasih tidak terhingga buat abang kerana curahkan segala ilmu yang dalam pengetahuan abang.


Seperiuk gulai susu...gulai nasi minyak versi Terengganu yang saya sendiri amat gemari. Saya masak seperiuk besar untuk 200 orang makan.Bukan senang nak dapat resepi ini sebab dah jadi adat orang kita susah juga nak kongsi kepakaran. Tang kesedapannya tu amat susah nak korek. Saya pernah bertanya akan resipi ini dengan seorang saudara dekat tetapi, apabila masak, hasilnya tak sama, sama sekali. Akhirnya bila teringin sangat nak makan, saya akan memecut kenderaan dengan suami dan anak2 atau dengan anak2 sahaja dengan izin suami untuk balik Terengganu menikmati nasi minyak gulai susu di mana2 gerai di Kuala Ibai, Ladang, Bandar KT atau mana2 sahaja yang saya tahu ada jual nasi ini. Dulu2 saya hanya tahu gerai sedap dekat2 Hotel Permai. Bila dah kerap balik, saya makin tahu banyak restoran lain yang menyediakannya. Ye lah, mak ayah dah lama pergi, dulu tak ada keperluan nak berguru dengan arwah emak yang pernah mengerjakan kedai kopi di kampung. Huhu...


Ini pula gulai nasi minyak ayam. Masak anggaran 50 orang makan aje. Ayam saiz besar sebanyak 3 ekor...penjual dah siap potong mengikut permintaan saya untuk 50++ orang makan. Untuk masak gulai2 ini, saya balik ke Trg pada cuti Deepavali ngan anak2 sekejap. Sambil2 cari rempah, sambil2 berguru dengan para pemilik gerai serta penjual rempah akan bajet yang betul untuk sediakan nasi minyak dan kuncu2nya untuk dimakan ratus2 orang.  Alhamdulillah sangat gembira sebab jualan habis dan kawan2 puas hati makan. Di Trg, setiap lauk untuk aneka masakan, ada rempah khusus...alhmdlh jg dapat beli 300gm rempah asyura yang kebetulan masih banyak. Rempah asyura Trg ni bermusim, tak macam rempah2 lain, sentiasa ada stok.


Alhamdulillah, saya masak nasi dan lauk di rumah sendirian, rakan2 pula membungkus dan mengurus jualan. Jadi, siangnya dapatlah saya rehat kat situ juga. Kawan2 segrup pula jenis emak2...siap sediakan meja makan dan aneka air panas. Seronok pula.


Nasi minyak harga hari kantin kami caj hanya rm5. Siap sambal cili/belacan bagi yang mahu. Orang Selangor tak reti makan nasi minyak ngan sambal belacan. Hahahaha...tapi bila saya ajar makan nasi minyak dengan sambal belacan stail Trg, mak kau...tambah2 lagi pulak. Ha, kaannnnnn! Siapa kata akak tak payung! Heeee.

 
Hari kedua, menu saya ialah nasi jagung dengan daging masak kerutuk. Mulanya nak masak nasi jagung dengan gulai susu jugak sebab rempahnya saya dah siap beli tempoh hari. Namun, atas permintaan kawan2 yang rindu masakan kerutuk, saya beranikan diri masakkan daging dengan resipi kerutuk ni hampir 20 kg daging. Ya Allah, saya pun agak terkejut dengan diri sendiri atas kemampuan menyediakan masakan sebanyak ini. Pertama dalam hidup saya. Sebelum ini, kalau masak untuk ramai2 makan mcm ini hanya pada hari perkhemahan sekolah aje. Itupun masak ramai2. Siang dgg dan sediakan ramuan ramai2 dengan seme ajk masak. Tapi kali ini, alhmdlh, anak dara saya yang dah sekolah menengah tolong kopek bawang merah. Saya banyak guna bawang merah berbanding bawang besar untuk menghasilkan masakan lebih beraroma.


Nasi jagung dimasak menggunakan periuk letrik besar milik sekolah. Satu kali masak dah dapat makan 100 org. Alhmdlh...jadi tak lamalah saya nak urus masakan nasi ni.


Rakan sekumpulan, adik ustazah yang manis ni, sediakan pek dan jual. Alhamdulillah, laris...


Meja kerusi disediakan untuk kami packing nasi, dan letak air minuman kami jadi tempat lepak bos2...GB...YDP...NYDP...ajk2 PIBG menikmati hidangan kami...alhmdlh, pelaris juga sudahnya. Makin ramai singgah beli nasi.


Ini pula nasi tomato dengan ayam masak tomato masakan Kak Hajah kami yang bakal pencen awal tahun hadapan. Kak Hajah Mah, masak nasi tomato dengan lauknya sekali untuk 100 org makan selama dua hari, Pra Hari Kantin (Jumaat) dan ketika Hari Kantin (Sabtu)...alhamdulillah, berkat sepakat sekumpulan, misi jualan berhasil dengan jaya. Terima kasih atas kesudian kwn2 membeli nasi jualan kami siap untuk keluarga yang ditinggalkan di rumah sekali demi bakti kepada sekolah.

No comments:

Post a Comment