Friday, November 27, 2015

Lempeng Cecah Sambal Cumi Menu Sarapan Yummy


Semalam, saya dijamu lempeng yang dibawa oleh rakan guru ke sekolah ketika kami bertugas ketika cuti hujung tahun. Lempeng dibeli di restoran dengan kuah sambal bilis sebagai pencicah. Lembut dan sedap pula lempeng tu. Hari ni teringat pula akan lempeng lembut tu dan kebetulan sambal cumi, lauk nasi lemak lemuni tempahan kawan2 semalam masih ada berbaki. Hummmm...sedap juga ye kalau masak lempeng untuk sarapan dan dicicah sambal cumi. Anak2 saya memang suka sambal cumi. Putera bongsu saya, kalau lebih pedas sambal tu, lebih dia suka.


Nasi lemak lemuni ini adalah ceritera semalam. Alhamdulillah, kawan2 saya sangat suka nasi lemak ini dan agak kerap menempahnya. Saya tak keberatan memasak untuk mereka memandangkan cuti ni banyak masa terluang untuk berkarya di dapur yang merupakan satu pusat terapi kesukaan saya. Heee.




Saya guna resepi mudah untuk masak lempeng:

4 cawan tepung gandum
2 cawan air kelapa
1 biji telur
Secubit garam
Air secukupnya
Sedikit mentega atau majerin untuk memasak lempeng (tak guna pun takpe sbb pakai nonstick pan)
3 helai daun pandan untuk mengoles mentega di kuali


Penyediaan:

Campur semua bahan dlm blender
Kisar sebati
Nak mix guna mixer elektrik pun boleh
Bancuhan mesti cair supaya lempeng lembut walaupun sudah sejuk
Panaskan nonstick pan
Oles sedikit sahaja mentega menggunakan daun pandan...lalukan daun pandan di dasar kuali utk mendapat aroma
Tuang satu senduk besar bancuhan dan ratakan bancuhan dalam kuali (goyangkan kuali dgn cermat)
Balik2kan lempeng
Masak hingga habis
Hidangkan panas2 dengan sambal cumi atau sambal bilis






No comments:

Post a Comment