Tuesday, November 24, 2015

Trip To Langkawi 2015

Saya berblog sejak awal 2009. Ketika itu, kawan baik saya perkenalkan dunia blogger kepada saya. Ketika itu, saya agak mabuk berfacebook. Lepas diajak berblog, saya banyak menulis di blog kumpulan seperguan saya iaitu rakanmppp.blogspot.com. Kemudian, saya tubuhkan blog sekolah iaitu skkdbestari.blogspot.com dan selepas itu barulah saya wujudkan blog ini. Namun, saya lebih banyak menumpukan kepada penulisan di dua blog sebelum iaitu rakanmppp dan skkdbestari. Blog saya ini, saya biarkan hambar sebab kesuntukan masa nak update semua. Tak mampu saya kerana saya juga amat sibuk dengan tugas sendiri dan tugas sebagai assistant peribadi suami. Huhuhu. Blog saya hidup segan mati tak mahu saja. Apa nak buat. Baru tahun ini, saya dapat bernafas sikit untuk menulis entry2 baru di blog peribadi untuk kenang2an anak2 dan kawan2 ini. 

Sebelum ini, saya memasak setiap hari namun tak sempat nak kongsi resipi di sini. Banyak koleksi resepi bergambar dalam simpanan saya tak sempat nak update dan mengarang. Dan, mana2 resipi yang ada di sini yang tak sepertinya ini, boleh dikongsi. namun janganlah main rembat aje gambar saya. Walaupun saya tak turunkan tanda copyright, tapi ia tetap hakmilik saya. Nak ambil resipi, saya alu-alukan tapi kalau sudi, tuliskan sumber rujukan anda tu drp saya. Tak minta kebenaran tak apa tapi bagilah kredit kepada tuan punya menandakan kita memang bangsa yang amalkan susila 'orang berbudi kita berbahasa dan orang memberi kita merasa'. Walau saya bukan blogger yang dikenali sebagaimana blogger2 lain tapi sikap menunjukkan pernghargaan kepada karya org lain wajar diamal. Tak gitu. Apapun, saya tidak sekali2 berniat nak membebel di sini...hahahaha..tujuan asal nak share trip ke Langkawi sebab kali ini saya dapat lihat Langkawi yang terus maju membangun dan sentiasa 'baru' bagi semua pengunjung sama ada yang biasa atau tidak ke Pulau Lagenda ini.

Hummmm. Langkawi. Syurga beli belah. Kalau tak beringat, tak merancang, balik pokai. Huhu. Kali ini saya bawa anak2 mengikut rombongan grup Tahun 6 ke Langkawi lagi. Anjuran bersama bos kami yang bakal bersara tahun hadapan. Alhamdulillah, terima kasih buat Tuan Haji Abdul Hamid, bos kami yang memang terkenal pemurah dan suka belanja anak buah atas tajaan 2 buah bas ke Langkawi. Malah, kali ini bos kami taja 2 buah sekolah iaitu sekolah kami dan sekolah rendah agama yang pernah menjadi tempat bertugas isteri beliau selaku mantan Guru besar di sana.

Tahun 6 dan aktiviti lawatan bercerai tiada. Malah, ia menjadi agenda tahunan. Kalau tiada acara lain, saya akan menyertai rombongan ini ke mana sahaja. Terengganu, Kelantan pun biasa kami kunjungi. Lawatan kali ini berlangsung selama 4 hari 3 malam. Kami bertolak Jumaat malam dan tiba di Jeti Kuala Perlis awal pagi Sabtu. Kami agak terlewat mengikuti jadual asal walaupun naik feri agak awal. Kelewatan berlaku akibat bagasi kami berada terperosok di bawah bagasi pelancong lain membuatkan kami terpaksa menunggu sehingga bagasi terakhir dikeluarkan. Fuhhhh! Kur semangat menunggu bagasi ditarik. Itu cerita ketibaan. Belum lagi cerita kepulangan. Hahahha. Hadoiiii. Separuh hari kami habiskan dengan melawat Makam Mahsuri, Perusahaan Gamat Nusantara, Beras Terbakar dll.


Lewat petang, acara bebas...free and easy...namun oleh sebab, si Bujang Sulung saya bengkak kaki yang lama tergantung di dalam bas, kami rehat sahaja. Malam baru kami anak beranak keluar ke Pekan Kuah sekejap, cuci mata ke kedai2 HIG, Wawasan, dll sbb tiada agenda ke Pekan Kuah dlm lawatan kali ini. Bujang kecil saya, macam biasa, akan leka dengan pelbagai pek patung coklat yang dipamerkan di kedai2 tersebut.


Aneka pilihan sudu garfu senduk dan seumpamanya dipamerkan di kedai2 boleh buat pengunjung rambang mata. Kena jaga nafsu, kalau tak, alamat makan sudu garfu aje lepas balik dari Langkawi.


Pinggan mangkuk dijual 'loose'. Sesuai untuk ibu2 suri yang nak tambah koleksi ikut bilangan ahli keluarga. Apa jenama nak, semua ada. Janji poket ada isi.


Siapalah yang tidak tertarik dengan koleksi Corelle atau Corning / Pyrex yang tersusun dalam rak pameran sebegini. Alhamdulillah, saya sekadar jamu mata kerana set2 ini telah ada dan saya tak suka kumpul banyak koleksi. Kata orang, koleksi ada kena pakai, kalau tak pakai, nanti dituntut pulak di akhirat kelak. Tak sanggup saya. lagi pula, tujuan asal saya ikut serta rombongan kali ini hanya untuk bawa anak2 jalan2 makan angin dan makan2 memandangkan kesibukan tugas suami kebelakangan ini membataskan ruang masa untuk kami melancong bersama. Alhamdulillah, puaslah anak2 saya layan makan dan jalan2 dan hadiahkan mereka apa yang mereka inginkan kerana selama ini anak2 banyak membantu suami dengan redha. Semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah serta bahagia membahagiakan. Aaamiiinn.

Hari kedua, kami melawat ke Cable Car, Mangrove, Kompleks HIG dan Ram Home Decor. Di HIG saya hanya borong coklat tp lebih kepada Daim dan Cadbury. Bukan apa, satunya was was akan status halal, satu lagi sebab dah jemu makan coklat. Langkawi agak kerap kami kunjungi. Boleh kata jadi agenda tahunan keluarga memandangkan suami ada kerja di utara. Jadi selalu sangat dah makan coklat sampai anak2 tak mampu nak habiskan stok mana ada. Alhamdulillah atas rezekiNya.


Ketika di Rams, saya hanya cuci mata dan cari Happycall Diamond Grill Pan. Di HIG tak ada. Jadi saya beli di Rams. Saja tambah gejet dapur utk kegunaan rumah. Dan saya hanya lihat kwn2 borong periuk belanga di situ. Boleh tahan kawan2 saya berbelanja. heeee. Waffle maker jenama Tefal kat atas tu lebih kurang jenama Kenwood Multi Snacker. Ada 3 plate juga boleh ditukar ganti ikut kegunaan. Boleh masak waffle, dorayaki dan grill. Harga di atas tanpa diskaun. Saja saya snap gambar utk makluman dan iklan kepada kwn2.


Pan 28 inci ini ada less harga. RM129  jadi 79.00...kiriman kawan2...Hummm...sesuai sangat bagi suri2 baru mendirikan rumahtangga atau nak masuk rumah baru. Jadi, kata2 akhir saya, jika belum pernah ke Langkawi, eloklah cepat2 ke sana bagi menikmati pengalaman beli belah yang berbaloi. Cuma, jangan ikut nafsu sangat kalau berbelanja, terutama coklat. Karang tak pasal2, balik rumah, sarapan, lunch...dinner duk makan coklat aje sebab poket dah kering nak tunggu gaji. Hehehe...kecualilah anda memang sentiasa poket penuh. Tapi, poket penuh sentiasa pun, tak rugi kalau berjimat. Kannnnn.

No comments:

Post a Comment