Tuesday, November 3, 2015

Kek Mentega Mocha aka Kek Periuk

Kek ini diolah menggunakan resepi kek mentega asas. Saya suka bereksperimen dengan perisa dan pewarna lalu jadilah kek ini. Kek ini sangat mudah malah memasaknya pun juga amat mudah sekali kerana saya menggunakan periuk nasi elektrik yang ada fungsi memasak kek untuk memasaknya.


Si kecil ini tak sabar hendak menikmati kegebuan kek periuk nih...heh heh...kek periuk. Jelas gebukan!


Resepi :

Bahan A:

250gm mentega berkualiti (anchor atau scs dll)
180gm gula kastor
210gm tepung superfine atau tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt ovelet

Bahan B:

5 biji telur gred A
1/2 sdt esen vanilla
1 sdt emulco mocha

 Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan A dan putar laju hingga berkrim.
2. Masukkan telur satu persatu berselang satu minit setiap satu dan putar sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan emulco mocha dan putar sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam periuk dan set butang ke masakan kek. Tak perlu sapu butter stau spray minyak kerana saya guna inner pot anti lekat. On dan biarkan ia masak lebih kurang 60 minit (mengikut periuk yang digunakan.
5. Aapabila kek masak, alarm periuk akan berbunyi. keluarkan kek dan rehatkan atas redai. Sejukkan sebelum dipotong.


Periuk yang saya guna untuk memasak kek ini. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment