Alhamdulillah...sejak memiliki buku resipi Belajar Memasak 2 tulisan Norzailina Nordin, saya telah mencuba banyak resipi beliau. Alhamdulillah semuanya menjadi. Ini adalah antaranya. Mi kuning homemade yang saya sangat puas hati. Sejak berjaya menyediakan mi sendiri, saya semakin suka ke dapur.
Bahan-bahan :
500gm tepung gandum
260ml air
1 sdt air abu
Sedikit pewarna kuning
Minyak masak untuk sapuan
Garam secukup rasa
Air untuk merebus mi
Penyediaan:
1. Campurkan garam dan air abu dengan air. Masukkan pewarna kuning dan kacau rata.
2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan dan tuang air tadi ke dalamnya lalu digaul. Uli doh perlahan sehingga menjadi doh. Doh ni agak keras berbanding doh karipap.
3. Canai doh atas permukaan rata yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Gelek dengan mesin pencanai hingga nipis. Sapukan sedikit minyak di kedua-dua belah permukaan doh yang telah siap digelek tadi.
4. Gelek semula doh tadi melalui ruang pemotong pula. Masukkan mi ke dalam air rebusan yang mendidih yang dicampur sedikit garam. Setelah mi timbul, angkat dengan penapis dan masukkan ke dlm air biasa yang diisi di dalam mangkuk besar. Toskan dan sedia digunakan.
Alhamdulillah. Inilah hasilnya yang amat mengujakan. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment