Wednesday, November 25, 2015

Nasi Lemak Lemuni Yang Sedap



Nasi Lemak Lemuni yang sedap dan digemari kawan2 saya. Kerap juga kawan2 saya menempah nasi lemak lemuni sejak pertama kali saya kenalkan kepada mereka. Alhamdulillah. Nak dapat stok daun lemuni tak susah kerana saya telah menanam sendiri pokok ini di Taman Terapi di laman saya. Saya kirimkan dengan kawan yang balik ke Temerloh tahun lepas. Pokok membesar dalam pasu. Kalau banyak tempahan, saya akan ambil di taman pra sekolah yang ditanam oleh kawan saya tersebut.

Nasi lemak lemuni rasa lemak2, kelat2 sikit tapi dijamin enak dan sukar dilupakan kesedapannya. Tulah gamaknya ada yang tempah berulang2. Lagi pula ia elok untuk kesihatan terutama wanita. Tak rugi mencuba memasak nasi lemak lemuni. Cara saya memasak nasi lemak memang seperti di bawah. Saya suka campurkan 3 jenis beras kerana hasilnya pada saya memang puas hati. Sila cuba jika teringin ye. 

Bahan-bahan nasi lemak lemuni:

2 pot beras basmathi
1 pot beras wangi
1 pot beras biasa
2 cawan santan pekat
1 genggam pucuk lemuni dikisar lumat dan ditapis untuk jusnya
1 cawan air kelapa (optional)
Air secukupnya
2 ulas bawang merah dimayang halus
1 inci halia dihiris atau diketuk2
1 batang serai dititik
2 helai daun pandan disiat dan disimpul
Secubit garam

Penyediaan:

Cuci dan toskan beras.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik.
Pastikan bahan cecair cukup dan tidak berlebihan nanti nasi benyek.
Kemahiran mengagak perlu sangat sebab amaun air berbeza sedikit bergantung jenis beras.
Biarkan nasi masak.
Dah masak, off suiz. Biar kejap. Dan gemburkan guna garfu dengan cermat supay nasi tidak patah.
Hidangkan dengan pelengkap nasi lemak.

Pelengkap nasi lemak.

Sambal sotong atau ikan bilis
Hirisan timun
Kacang tanah goreng (saya suka guna kacang tanah tanpa kulit)
Ikan bilis goreng
Telur rebus dibelah2

Selamat mencuba...




No comments:

Post a Comment