Monday, November 9, 2015

Roti Nan Homemade Simply Sedap...


Asas Roti Nan
Sumber resipi : Norzailina Nordin

Bahan-bahan :
(Anggaran 3 org makan)

100gm tepung gandum
100 gm tepung roti
60gm tepung kek...kalau pakai tepung gandum semua, kurang umphhhh)
60 ml dadih natural (kalau takde stok, boleh gantikan dgn buttermilk, campurkan susu segar dgn 1 sudu besar cuka)
1/4 sudu teh yis kering
60ml air suam
1 audu besar minyak sapi
2 sudu besar gula kastor
Secubit garam
Air suam secukupnya (tambahan sahaja...jika perlu, saya tak tambah air pun)

Penyediaan:

Campurkan ketiga2 tepung dan gula
Masukkan minyak sapi dan garam, gaul rata, guna tangan aje
Tuang dadih dan yis, gaul rata
Tuang air suam sikit2, dan uli doh hingga lembut dan anjal
Biar doh sekejap dalam mangkuk berlenser minyak, tutup dan biar kembang dua kali ganda anggaran 30 minit je gitu, paling lama pun satu jam sahaja...tak kembang sangat2 pun tak pa sbb nanti waktu proses mencanai dan menggoreng, doh akan naik lagi.

Dah siap perap, uli doh sekejap atas permukaan ditabur sedikit tepung. Bahagikan doh kpd 6 bhg sama banyak. Canai nipis guna penggelek...masak guna pan tak melekat. Masak hingga kelihatan gelembung2 kecil terbit...balikkan hingga doh masak. Nak bakar guna oven pun boleh. tapi hasil guna pan lebih baik, menggelembung cantik dan beraroma. Pastu nak makan dengan apa jodohnya? Hummm...boleh lah makan dengan lebihan kari atau gulai kalau ada...kalau takde, masaklah sikit kari atau gula...sedap....yummmehhh...alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment