Lempeng. Satu menu biasa dihidang sebagai sarapan di kampung2. Kat bandar ada ke? Kat bandar ada, penkek le kut. Kat restoran2 makanan segera ada jual penkek yang harganya...huhu... Waktu balik bercuti di KT ketika Deepavali tempoh hari, restoran kegemaran saya menghidangkan lempeng untuk pelanggan tapi saya tak pasti lempeng apa. Sekejap aje dah habis lempeng2 tersebut. Wah, tak dinafikan lempeng memiliki ramai peminat. Kat restoran2 di sini pun dah ada jual lempeng.
Sarapan semalam saya masak lempeng bercicah sambal cumi. Hari ini, nampak stok pisang yang dah ranum ada 7 biji. Saya masak lempeng untuk suami dan anak2. Alhamdulillah laku sangat pagi ini. Dah habis pun saya buat 12 biji. Seorang dapat 2 biji. Lempeng pisang ni kalau kita masak, lebih sedap kalau menggunakan yis berbanding guna baking powder atau baking soda.
Lempeng Pisang
Bahan2:
7 biji pisang (saya pakai pisang berangan) dilecek
3 cawan tepung gandum
1 tin jagung manis adabi
1/3 cawan soft brown sugar
1 pek yis kering mauripan
1 cawan air kelapa (kebetulan ada)
Secubit garam
Air suam secukupnya
Majerin untuk melenser kuali
Penyediaan:
Campurkan kesemua bahan
Kecairan adunan seperti bancuhan jemput2 atau cucur udang
Biar adunan setengah jam...sambil2 masak air, bancuhan dah mula ada bubble...
Panaskan nonstick pan
Bubuh sedikit majerin...hujung2 sudu sahaja
Bubuh 1 senduk penuh bancuhan dan ratakan anggaran sebesar piring kecil
Balikkan setelah bahagian bawah garing
Goreng / bakar? hingga masak
Sedap dijadikan menu sarapan berteman secawan kopi...hummmm
No comments:
Post a Comment