Resepi ini saya ambil daripada FNC yang selalu saya tonton tika lapang. Resepi Chef Ina Garten dalam rancangan Barefoot Contessa Back To Basics. Agak lama tak bakar biskut. Sedap buat kudap2. Rangup makan panas2 ketika baru dikeluarkan drp ketuhar. Dah sejuk pun tetap rangup.
Bahan2:
(anggaran 35 keping biskut)
1 1/2 cawan kacang pecans
1/2 pound unsalted butter, suhu bilik...sukatan cawan 225gm
1 cawan dark brown sugar
1 cawan gula pasir
2 biji telur saiz A
2 camt vanila extract
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 camt baking powder
1 camt serbuk kayu manis
1 camt garam
3 cawan oatmeal
1 1/2 cawan raisins
Penyediaan:
Panaskan oven 350F
Bakar kacang pecan 5 minit sampai rangup, sejukkan dan cincang kasar
Guna mixer untuk pukul butter, brown sugar dan gula pasir sampai lembut dan ringan
Perlahankan mixer, masukkan telur satu persatu
Pukul lagi dan masukkan vanilla
Ayak tepung, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan garam
Campurkan ke dalam batter
Masukkan kacang, oat dan kismis
Kacau sebati guna senduk kayu
Scoop guna scoop eskrem ke dalam dulang, jarakkan sikit sebab biskut akan mengembang di dalam ketuhar nanti
Bakar 15 ke 20 minit sampai bikut perang
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment