Sumber : Norbaini Rahwi (Kek Mentega Asas)
Ubah Suai : Mak Usu (Tun Abdullah)
Saya pernah cuba kek poppyseed drp blog Che Mat Gebu. Dah beberapa kali buat. Tapi kali ini, saya ubah suai resepi mentega asas dari buku tulisan sebagaimana ditulis di atas sbg percubaan. Jadi, bahan asas tu saya tambah dengan beberapa bahan lain termasuk ovelet bagi menggebukan kek. Hasilnya, alhmdllh....gebu dan sedap.
Bahan-bahan:
250gm mentega
180gm gula kastor
210gm tepung gandum
1 sdt baking powder
1sdt ovelet
5 biji telur
1/2 sdt esen vanilla
1/2 sdt pes pandan
1/2 sdt pes strawberi
bbrp titik pewarna hijau dan pink
30gm poppyseed
Saya buat cara mudah...panaskan oven pada suhu 170C....pastu campurkan semua 5 bahan utama paling atas dan pukul dgn kelajuan tinggi hingga berkrim. Kemudian, saya masukkan telur satu persatu...waktu ni, speed perlahan...tidak karang berterabur telur tu...heee. Selang sebiji telur anggaran 1 minit. Dah siap tu, masukkan poppyseed dan vanilla... kacau sebati guna spatula.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu adunan dicampur pes pandan dan pewarna hijau. Satu lagi dicampur pes strawberi dan pewarna pink. Kemudian...masukkan adunan secara berselang ke dalam loyang. Saya gunakan loyang silikon tanpa sapuan mentega pada loyang. Kalau guna tin, sapu butter dulu ye. Kalau loyang biasa, boleh guna saiz 8 atau 9 inc.
Bakar selama 45 min atau hingga masak (ikut oven masing2). Apbl dah masak, sejukkan kejap pastu keluarkan dan rehatkan atas redai kek. Dah betul2 sejuk, bolehlah dipotong...
No comments:
Post a Comment