Thursday, November 26, 2015

Roti Perancis Yang Mudah



Petang tadi saya sempat menonton rancangan Makan. Selain pengacaranya memperkenalkan tempat2 makan yang eksklusif di Damansara, ada juga slot masakan sandwich yang ditunjukkan oleh seorang pensyarah kulinari. Nampak roti2 yang diguna tu macam sedap pulak. Kata pensyarah lelaki muda tersebut, kalau ke kedai2 roti, janganlah asyik beli roti putih, roti sandwich atau wholemeal...sesekali cubalah roti sour, ciabatta atau roti perancis.

Kata saya pula, sesekali masuk dapur tu, apa salahnya buat roti sour, ciabatta atau roti perancis sendiri. Hehehhe. Mesti hasilnya lebih mengujakan. Tak gitu. Anak2 pula, kalau aroma roti dah menusuk hidung, mesti akan jenguk ke dapur tanya umi masak roti apa! Seronok lihat anak2 teruja begitu. Lebih seronok jika melihat mereka menikmati roti atau sandwich dengan roti homemade buatan umi mereka sendiri.

Saya pun terus bermotivasi dan mula membelek buku tulisan Kathryn Hawkins iaitu salah satu koleksi buku pembuatan roti milik saya. Dulu, saya beli buku tu di Big Bad Wolf di Seri Kembangan.
Saya guna resepi beliau untuk buat roti perancis.

Bahan2 roti perancis:
(utk 2 batang saiz 12 inci setiap satu)

325 ml air suam
500gm tepung roti
1 sdt gula kastor
1 1/2 sdt garam
1 1/2 sdt yis kering
Sedikit tepung roti utk taburan



Penyediaan:

Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk adunan
Mix guna speed perlahan sehingga bahan2 sebati
Tuang air perlahan2 dan terus menguli sehingga doh sebati
Biarkan doh naik 2 kali ganda
Keluarkan adunan ke atas permukaan rata yang ditabur tepung roti dan tumbuk2 doh
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan bentukkan panjang 12 inci
Letakkan atas dulang biarkan rehat sebentar
Panaskan oven suhu 200C selama 15 minit
Toreh berselang pada bahagian atas roti dengan pisau tajam
Bakar roti hingga perang
Sedia diguna dan lebih enak dimakan ketika panas...

No comments:

Post a Comment