Semalam kami sekeluarga menghantar emak dan ayah mertua ke KLIA menunaikan umrah. In shaa Allah, hari ini emak dan ayah sedang menunaikan umrah dengan tenang di Tanah Suci. Kesempatan ke KLIA saya gunakan untuk singgah di Jaya Grocer untuk beli sedikit barang dapur. Saya ambil beberapa tray cendawan segar yang ada di situ. Cendawan segar sedap dimasak bubur ayam atau bubur cendawan. Menu saya mudah dan ringkas dan dimasak menggunakan Noxxa. Pembantu yang cekap dan cepat di dapur. Dah beberapa kali saya masak bubur cendawan yang digemari anak2. Selalunya kalau saya masak bubur ini, saya tak sukat dengan tepat bahan2nya. Agak2 aje...
Sejak ada Noxxa 3 tahun lepas, saya banyak memasak menggunakannya. Tak pernah masak kek guna periuk ini walau saya tahu ramai dah yang cuba masak kek menggunakannya. Saya lebih suka masak kek cara biasa, guna oven. Saya lebih suka masak guna PC ini untuk masak lauk pauk sahaja. Kalau masak sup tulang atau daging...ayam tua...ayam kampung atau lauk2 liat tu...kerja mudah jadinya.
Resepi bubur cendawan:
2 pot beras dicuci dan toskan
1 peket cendawan butang putih dan hitam dihiris nipis
6 batang cendawan shitake segar dihiris nipis
5 ulas bawang merah dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 inci halia dimayang halus
2 sdb udang kering direndam air panas dan toskan
2 kiub pati ayam
1 mangkuk kecil isi ayam
1 mangkuk kecil udang basah
1 mangkuk kecil sotong
1 batang lobak dipotong dadu
1 batang/ pelepah celeri dipotong dadu
500 ml santan segar atau kotak
Bawang goreng untuk taburan
Air panas secukupnya
Garam secukupnya
Penyedian:
Masukkan kesemua bahan kecuali udang dan sotong ke dalam PC Noxxa dan tambah air melebihi paras beras (air mesti banyak supaya beras betul2 dapat kembang dengan baik). Boleh agak aje kat sini jumlah airnya ye.
Tutup PC Noxxa dan set tombol ke pressure
On butang HP 30 min...biarkan masak
Setelah Noxxa beep tanda dah masak, biarkan 30 min baru off dan release pressure yang masih ada
Buka tutup periuk
On butang stir fry
Tambah air panas mendidih jika bubur terlalu pekat
Tambah udang dan sotong segar basah
Gaul rata
Perisakan garam secukupnya
Off suis periuk
Sedia dihidangkan panas2...
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment