Suka makan pulut serunding? Pulut serunding antara menu sarapan atau kudapan kegemaran saya. Kalau tak berapa nak rajin, saya hanya makan pulut bergaul kelapa dengan ikan kering goreng atau ikan kukus goreng. Menu popular Pantai Timur. Tapi kalau rajin, saya akan masak serunding untuk digaul pulut. Menu saya yang satu ini simple tapi gerenti sedap.
Alhamdulillah. Anak2 suka dengan menu ini. Pendek kata, sekepal memang tak cukup utk seorang. Biasa saya akan masak 4 pot pulut dan seorang makan 3 kepal. Huhu. Resepi ini saya peroleh daripada seorang guru senior ketika bertugas di SK Seksyen 17 Shah Alam lebih 10 tahun dahulu. banyak memori manis menjadi kenangan saya ketika berbakti hampir 10 tahun di sana. Kak Ram (Cikgu Ramlah) seorang kakak senior yang terkenal mahir memasak. Kalau Kak Ram masak pulut serunding, saya memang tak dapat menahan nafsu untuk menikmatinya melebihi satu kepal. Hahahaha...semoga Kak Ram masih sihat sehingga kini. Tak pasti bila Kak Ram bersara. Dulu2 kerap juga Kak Ram keluar majalah...bahagian kekeluargaan atau masakan. Teringat pula pada senyum manis dan kelembutan pertuturan Kak Ram.
Saya lupa nak tanya Kak Ram sama ada pulut kak Ram tu dimasak dengan santan atau tak. Tapi saya masak pulut dengan air sahaja dan secubit garam. Tak cepat muak. Serunding kak Ram juga tidak menggunakan udang kering, jadi lebih sesuai dimakan bagi yang ada alahan makanan laut. Apatah lagi, kalau ditukar udang basah kepada ayam, sedapnya tetap sama. Terima kasih Kak Ram atas perkongsian resipi ini. Mohon dipanjangkan kepada para ibu atau wanita yang mahu mencuba ye Kak Ram. Alhamdulillah.
Resipi Serunding Kak Ram:
1 cawan udang segar dicincang (boleh diganti ayam atau daging cincang)
1 biji kelapa parut saiz sederhana
12 tangkai cili kering* atau 3 sudu besar cili kisar (lebihkan jika mahu lebih pedas dan merah)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
2 batang serai dihiris* dikisar dengan sedikit air
Sedikit minyak masak
Garam gula perasa
Penyediaan:
Tumis bahan bertanda * yang dikisar lumat. Tumis hingga kering dan tak perlu tambah air.
Setelah kering, masukkan udang dan kacau rata.
Masukkan kelapa parut dan gaul sebati
Masukkan garam gula dan perasa dan perisakan secukupnya mengikut citarasa
Masak sehingga kering
Gaul dengan pulut yang dikepal atau digolek bulat2
Saya tidak mengepal pulut menggunakan tangan secara direct atau menggunakan plastik
Saya guna senduk plastik pakej periuk elektrik, digolek2 ke tepi inner pot yang tak melekat tu
Kerja jadi mudah dan cepat tanpa membuatkan tangan melekit dengan kesan pulut
Alhamdulillah, mudah betul menjadi ibu moden
Dulu2, saya lihat arwah bonda mesti kepal2 pulut guna tangan yang dibasahkan sedikit air
Pulut kepal dengan serunding udang yang menjadi hidangan pagi kami.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment