Saturday, November 28, 2015

Senangin Masak Paprik


Pernah masak paprik ikan? Tak ramai yang biasa masak menu ini untuk ikan kut. Saya mula memasak paprik ikan siakap sejak mula berkahwin kira2 20 tahun dahulu. Salah satu sebabnya ialah saya merupakan peminat paprik manakala suami pula suka makan ikan siakap, kerapu dan yang seangkatan dengannya. Saya juga gemar menggunakan lemon untuk dilumur kpd ikan bagi mengelakkan bau hanyir, malah ikan yang dimasak akan lebih beraroma dan menyelerakan. Kalau takde lemon, boleh guna limau nipis atau limau kasturi.

Nak masak ikan paprik tak susah, sama saja dengan paprik ayam, daging, makanan laut atau paprik campur. Yang penting bahan2 asasnya ada. Daun limau purut, serai, halia dan sedikit sayur campur. Dah ada semua tu, senanglah kerja kita di dapur. Kali ini saya tidak gunakan cili padi dalam masakan ini. Boleh saja nak tambah cili tu supaya lebih pedas. Saya cuma pakai cili kisar home made aje. Saya jarang guna cili boh siap di kedai kerana lebih suka aroma cili kisar sendiri.

Bahan-bahan:

1 ekor ikan senangin segar disiang dan dipotong ikut selera
1 biji lemon untuk dilumur ke seluruh ikan potong
Sedikit serbuk kunyit dan garam halus untuk memerap ikan
3 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris
2 batang serai diketuk
6 helai daun limau purut
1 biji lada benggala (saya guna hijau dan sedikit belang kemerahan)
1 mangkuk kecil bunga kobis potong
1 mangkuk kecil brokoli potong
1/2 batang lobak dipotong panjang
3 batang putik jagung dipotong panjang
2 biji tomato dibelah 4 dan potong dua
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis





Penyediaan:

Lumur ikan senangin dengan perahan jus lemon
Lumurkan kunyit serbuk dan garam ke seluruh ikan dan perap dengan kulit lemon sekali
Perap ikan anggaran 30 min ke 1 jam
Goreng hingga garing / masak...angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali untuk memasak kuah paprik
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan daun limau purut sekaligus
Masukkan cili kisar dan tumis sebentar
Masukkan semua sos dan didihkan kejap
Tambah sedikit air untuk kuah (sedikit sahaja)
Masukkan semua sayur-sayuran kecuali tomato
Didihkan kuah
Masukkan tomato dan perisakan garam gula atau perasa

Hidangan:

Masukkan ikan ke dalam mangkuk pilihan
Sendukkan sayur ke dalam mangkuk
Siram kuahnya
Sedia dihidang dengan nasi panas....
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment