Wednesday, November 25, 2015

Nasi Lemak Sambal Cumi Kepala Besar Yang Enak Beraroma



Nasi lemak sambal cumi kepala besar? Cam pelik je namanya er....hehehehe... Kebetulan saya kerap ikut suami berbelanja di NSK Klang. Kat situlah saya jumpa cumi kering kepala besar ni. Warna cumi ni putih kuning, kepala besar melebihi saiz badannya. Janggutnya panjang2. Sekali pandang macam semuanya bahagian kepala sebab badan kecil nipis melekat pada bahagian pangkal janggutnya. Huhu...nak tunjuk gambar pun, kebetulan dah kehabisan stok. Cumi ini asal dari Sabah. Memang banyak hasil makanan laut seperti aneka ikan bilis, udang kering dan sotong kering dari Sabah dijual di situ.

Sotong kering dikhabarkan tak berapa elok dimakan kerap kerana kandungan logam toksik jenis kadmium yang boleh menyebabkan kanser. Hummmm...tapi kalau dah makan sambal, alahai, sedapnya. Dah makan tu, pandai2 lah detox pulak ye...heee...minum jus lemon ke...cuka epal dengan madu ke dll...banyak cara untuk detox kan!

Ok, untuk nasi lemak, saya suka guna beras campur2...cara saya seperti di bawah:

Bahan2 nasi lemak:

2 cawan beras basmathi
1 cawan beras wangi
1 cawan beras biasa
2 cawan santan pekat
1 cawan air kelapa (optional - kalau santan kelapa mesin sendiri dan perah sendiri)
Air secukupnya separas takat bilangan pot periuk (atau lebihkan sikit aje)...maksudnya kalau 4 pot beras, setelah bubuh santan, tambahkan air hingga cecah takat tercatat 4 pot (boleh lebihkan skit aje)
2 ulas bawang merah
1 inci halia dihiris nipis
2 helai daun pandan disiat dan disimpul
Secubit garam

Penyediaan:

Cuci beras dan toskan
Campurkan semua bahan ke dalam pot periuk elektrik dan set butang masak. Biarkan
Dah masak, off suiz. Biar sekejap anggaran 10 minit.
Gemburkan nasi perlahan2 dengan garfu.


Sambal Cumi Kepala Besar:

Bahan-bahan:

300gm cumi kepala besar direndam dan dibersihkan
2 senduk cili kisar
5 ulas bawang merah* dikisar
1 labu bawang besar* dikisar
3 ulas bawang putih* dikisar
1/2 inci halia* dikisar
1/2 sudu teh pes asam jawa
1 ketul kecil manisan / gula melaka (anggaran saiz 2 ruas jari) boleh guna gula merah atau gula pasir jika suka
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu bawang goreng homemade
Garam secukupnya
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
Minyak untuk menumis

Penyediaan:

Tumis bahan kisar hingga wangi bersama daun pandan
Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak
Masukkan cumi dan gaul rata
Masukkan semua bahan lain dan masukkan sedikit air
Masak hingga pekat
Perisakan garam dan gula
Sambal yang pedas, masam, masin dan manis yang bersatu amat enak dimakan dengan nasi lemak

Pelengkap nasi lemak:

Hirisan timun
Telur rebus atau telur dadar
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment