Monday, November 2, 2015

Kek Mentega Asas



Sumber : Norbaini Masri (Kek Mentega : Dulu dan Kini)

Bahan A :
250gm mentega
180gm gula kastor
1 sdt serbuk penaik

Bahan B:
5 biji telur

Bahan C:
210gm tepung gandum

Bahan D : 1 sdt esen vanilla

Penyediaan :
1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan dan pukul adunan hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji bersama 5 sdb tepung gandum dari bahan C dan pukul hingga adunan sebati dan berkrim.
3. Masukkan lebihan tepung dan kacau sebati.
4. Masukkan D dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dlm loyang pilihan. Saya suka guna loyang silikon berlubang tengah. Kek jadi cantik terbentuk dan mudah dikeluarkan walaupun tanpa dioles minyak. Kalau guna  loyang tin, oleskan majerin / butter dahulu baru tuang adunan.
6. Bakar adunan dalam oven yang telah dipanaskan 15 min lebih awal. Suhu 170C...45 min atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment